21.12.17

amanifoodjournal 1

Macam yang saya post dalam kat sini Excited Anak Boleh Makan . Jadi 1hb saya start bagi Amani makan. 1st meal dia Avocado. Seminggu sebelum makan, hari-hari saya ingatkan suami pergi beli Avocado. Padahal bila di suap ke mulut Amani. Dia tak suka. Tak tahu lah dia tak suka sebab dia baru 1st time merasa makan atau memang dia tak suka rasa avocado tu. 

2 hari saya bagi dia makan Avocado. 


tips beli Avocado cari yang bewarna sedikit coklat.
Bila tekan dia lembut je.


2 hari saya bagi dia makan Avocado
saya blender dengan susu FM
dalam 3 4 sudu je dia makan
tapi bukan semua pun ke dalam mulut dia, di luahkan je.
saya rasa yang betul-betul masuk mulut dia dalam sesudu je.


Saya tak guna 4 days rules macam yang kita selalu baca kat FB atau kat Internet. Kalau google mesti korang jumpa orang Barat sarankan 4 days rules untuk tahu any reaction pada anak kita. Saya bagi 2 hari maksima 3 hari. 

Lepas bagi Avocado ni saya bagi bubur nasi beras perang. Pun saya campur dengan susu FM dia. Lepas 2 hari makan bubur nasi baru nampak dia boleh menerima makanan. tapi masih tak banyak jugak. Yang saya perasan Amani tak suka puree cair sangat. Dia suka yang pekat.

Jadi saya buat puree beras perang sedikit pekat. 3 minggu pertama dia makan sehari sekali je. Tu pon ada yang skip bagi makan. hahahahahaha~~

Last weekend bagi Kentang. Siap beli russet potato. Amani suka pulak makan. Banyak sangat dia makan. Sekali dia sembelit..... hahahahahah~~ jadi stop 2 hari bagi dia makan.. bagi perut dia sihat dulu. Kesian tengok dia sembelit. 


yang ni puree butternut squash.
saya letak Pure Extra Olive Oil


30.11.17

Hidup sebagai isteri bekerja

Aku bukan lah tergolong dalam isteri mithali. Isteri yang jenis buat semua untuk suami. Macam baju kerja suami, aku upah adik untuk iron kan. 2 minggu sekali dia iron kan. Baju kerja aku pun dia iron kan jugak. Sebelum kahwin pun dia yang iron kan. 

Bak kata Kak Diana tak payah pening pening kepala dalam hal kerja rumah. Tak payah nak tunjuk sangat kita ni isteri mithali isteri yang terbaik.

Cara kita jaga rumahtangga blum tentu diterima orang lain begitu juga sebaliknya. Dulu masa aku sarat mengandung memang suami lah yang siang ikan dia lah yang basuh pinggan mangkuk dan jugak lap dapur. Alhamdulillah dapat dia yang jenis ringan tulang. kot kalau sebaliknya hari hari huru hara kat dapur dengar bebelan aku. hahahahah~~

Macam pasal iron baju tu kan, sebelum kahwin memang husband iron sendiri. Tapi macam tak tergamak pulak nak tengok kan? hahahaha... jadi aku bagi je adik upah untuk iron kan baju kami suami isteri. Upah iron tu dari poket sendiri. Takde mintak suami. sebab dia dah sediakan iron kat rumah, siap dapat hadiah kahwin iron steamer tu lagi. Tapi dah nama dasar pemalas, kenalah keluarkan duit ye. 

Kalau makanan pulak, bila datang penyakit malas nak masak atau teringin nak makan benda yang takde dalam fridge. Tekak mengada ngada kan. Katalah nak makan daging tapi daging takde dalam fridge. Aku pergi je beli. Tak payah nak mintak suami belikan. Sebab suami dah penuhkan stock dalam fridge tapi tekak kau yang mengada kan nak makan benda lain. Kalau malas masak sila beli apa-apa ye untuk suami dan mak mertua. kadang cakap jugak kat suami, "saya malas masak tau!". Kalau dia kat luar dia pergi lah tapau apa-apa. 

Jadinya, mana yang boleh dipejam mata atau di permudahkan. Kita buatlah. Lagi pun sama-sama kerja sama sama penat. 

Esok cuti, jadi aku dah fikir nak kemas rumah tang mana, suami kena buat apa. hihihi~~

29.11.17

Pagi yang bertenaga buat saya!

Sejak bulan lepas saya bangun pukul 5 pagi. sebab bersahur. saya ada 29 hari untuk digantikan. Alhamdulillah tinggal lagi 18 hari lagi. Saya puasa 4 hari seminggu. Isnin hingga Khamis.

Sejak dah selalu bangun awal ni, mata pun automatik je terbuka bila pukul 5 pagi. Saya anggap ni latihan untuk saya, sebab Amani akan start makan soon. Jadi pagi-pagi akan jadi rutin saya masak makanan dia. Menang kena bangun awal lah cite nya kan?

Minggu ni tak puasa sebab batuk tak sembuh sembuh lagi. Dah 3 4 hari rasanya. Pagi ni sempat goreng keledek untuk breakfast. Setiap hari memang saya buat breakfast untuk husband. Dia request nak breakfast yang ringan je. Kalau saya apa pun boleh makan time breakfast.

Terkenang kenang menu sambal telur pecah. Lama tak masak menu tu. Terus pagi tadi tumis sambal. Hihihihi~~ saya memang macam ni. tapi tengok keadaan lah. Kalau banyak sangat kena buat untuk sesuatu menu tu, postponed lah weh. Tak koser lah kan subuh subuh nak buat banyak kerja. hahahaha~

So pagi breakfast saya nasi putih dan sambal telur. Telur kunig tu half cook.! phewwww



Pagi ni saya light make up tapi teringin nak guna bold lipmatte. hahahaha~~ 



24.11.17

Pengasuh Amani

Amani aku masuk kerja memang duduk rumah pengasuh. mula tu nak hantar taska, tapi papa dia tak setuju. katanya kalau ada apa-apa jadi Amani bukan boleh cakap untuk mengadu. biasalah anak baru seorang. So, over thinking tu perkara biasa.

Masa akhir-akhir trimester ramai pengasuh area berdekatan dengan rumah. Tapi bila dah nak habis pantang semua dah ada baby asuhan. Kelam kabut jugak cari. Last kawan ofis bagi contact number. 

Rumah kakak ni dekat dengan ofis aku. Aku try hantar seminggu sebelum masuk kerja. Alhamdulillah, kakak ni okay jaga Amani. Well, Amani kan colic baby. Bukan semua orang dapat handle. Orang tanya percaya je lah kau orang jaga anak kau kecik kecik macam ni. Well, kakak ni isteri polis, duduk pun dalam kuarters polis. Mustahil sangat dia nak buat benda bukan bukan kat anak aku. hihihihi~~

Lepas sebulan dia jaga, anak kakak ni masuk hospital. Lama jugak dalam seminggu lebih. Masa ni adik aku jaga Amani. Cari punya cari jumpa pengasuh duduk dekat dengan rumah. Alhamdulillah. Rumah teres pulak tu. Pengasuh sebelum ni rumah flat. Jenuh mendaki tangga pagi-pagi hantar Amani. 

Pengasuh kedua ni muda lagi. Baya-baya aku je. Anak dia baru sorang umur setahun lebih. Anak dia tak nak susu botol. Tu dia duduk rumah. Buat online business jugak. Dia jaga Amani pun elok je. Bila amik Amani bau wangi, pampers pun tak penuh. 

Pengasuh kedua ni aku jumpa kat FB. aku join group pengasuh kl / selangor. Meh nak bagi tips macam mana nak ada kepercayaan pada pengasuh.

  1. Bila dah jumpa yang berkenan, korang kena jumpa untuk discuss selanjutnya.
  2. Sila jumpa di rumah pengasuh ye. Kalau dia memang dah jaga anak orang, jumpa waktu dia mengasuh. Kira-kira pukul 5 petang ke. Boleh tengok kan keadaan rumah sesuai ke tak? Atau berapa total anak yang dia mengasuh. 
  3. Masa jumpa sila discuss harga upah, pukul berapa hantar pukul berapa amik anak. Anak minum susu macam mana. Cerita details. Pasal harga OT, cuti. Semua-semua lah. Dari situ kena dapat sepakat. 
  4. Hantar seminggu sebelum mula bekerja. Hari pertama aku amik anak after lunch hour. Hari kedua sampai petang. Hari ketiga aku amik mengejut. So, boleh tahu dia jaga anak kita macam mana. 
  5. Last sekali ikut naluri hati korang. Ibu ni ada special naluri yang Allah anugerahkan. Boleh rasa pengasuh ni okay ke tak. Pleaseeeee follow your heart ye! tapi jangan over sangat. 

Kadang kadang ada rezeki lebih aku belikan dia makanan. Upah dia ambil pun murah. Jadi, tak salah berlebih dengan pengasuh. Yelah, seharian Amani kat rumah dia. Kami suami isteri pun tahu perangai Amani macam mana. Bersyukur sangat. 

Harap jodoh dengan pengasuh ni berpanjangan lah sampai Amani masuk pre-sekolah. :)


23.11.17

Suami adalah kawan paling baik.

Tiba tiba rasa nak story pasal rumah tangga pulak kat sini. which is I think I never write before this.

Suami dengan aku lebih kurang je karakter kami. kalau jalan kat luar, jarang lah nak berpegang tangan. jenis kami nak bermesra mesra bukan di hadapan umum. Sebab suami jenis malu kot? hahahaha.. kalau aku lantak kan janji bukan buat adegan over. 

Sebelum kahwin kami tak pernah declare pun. Just kawan baik lepas tu terus ajak kahwin. Jadi, perangai dia tak berapa nak aku fahamlah. Alah, kata orang bercinta 10 tahun pun tak akan tahu perangai sebenar. kan? Lepas dah setahun lebih berkahwin ni, aku makin kenal dia. Apa dia suka apa dia tak suka, insyaAllah tahu lah. 

selepas berkahwin, balik kerja adalah waktu paling tunggu. kalau boleh nak terbang terus sampai rumah. sebab nak jumpa suami. hahahahaha~~ seriously, perasaan nak jumpa suami selepas seharian bekerja adalah sangat sangat teruja. aku tak pernah bagitahu dia pasal yang ni. kami sama sama pesen banyak bercakap. banyak berbual. kecuali kalau marah. diam seribu bahasa lah jadi nya. 

kalau sekarang balik kerja nak cepat sebab nak jumpa dengan anak. :)

alhamdulillah, dia jenis yang ringan tulang. 

Masa aku sarat mengandung, aku masih lagi masak setiap malam. Tapi aku akan mintak dia siangkan ikan atau ayam dan tolong cuci semua perkakas. kira dia akan kosongkan sinki. selama ni tak pernah lah dengar dia merungut. 

Kalau sekarang suruh tolong tengok anak pon alhamdulillah dia membantu. Dia ada cerita kawan ofis dia cakap, saya bertuah sebab dia tolong malam sama-sama jaga anak, buatkan susu. Kalau suami kawan nya tak bangun pun malam. Saya terus jawap, buat anak sama-sama jaga anak kenalah sama-sama. alah, bukan tak pernah tengok depan mata. Isteri tunggang terbalik jaga anak. Suami dia buat tak nampak je. Kalau nampak pun di tengok kan je. Kalau saya jadi isteri orang macam tu memang puting beliung lah selalu rumahtangga kami. :p

Rahul dalam Kuch Kuch Hota Hai ada cakap. Cinta itu adalah persahabatan. My husband is my bestfriend. 

Semoga jodoh kami dipanjangkan sehingga ke syurga. Amin =)

22.11.17

Excited anak boleh makan

Hai! Lama tak menaip di sini. banyak kali jugak taip taip taip. lepas tu ada kerja, lupa dah nak taip apa.! 😴

Tadi pergi cucuk Amani 5 bulan. Actually, dah lambat. aku saja delay kan. I have my own reason.

Nurse remind boleh bagi makan next month. Awal bulan dah boleh bagi makan. Baby di Malaysia boleh makan umur 6 bulan. Tapi ku tahu ramai jugak yang bagi anak makan umur 3 4 bulan. Cleaner ofis aku sendiri cerita sepupu dia bagi anak dia makan seawal umur 30 hari. sedih aku dengar. 😢 siap cakap kat aku, jangan lah bagitahu misi kita bagi anak kita makan. apa pun, mak mak tahu lah kan apa yang terbaik untu anak masing-masing.

Aku dan husband dah decide, 1 hb nak bagi Amani makan. Aku terus Google dan baca buku yang KK bagi. Ikutkan boleh je bagi makan bubur nasi terus. Tapi ikut dari pembacaan dalam Google dan pengalaman orang, intro puree dulu. So, we decide nak bagi makan Avocado as her 1st meal. Nak bagi anak makan ni excited lain macam. 😄

Aku siap buat timetable lagi tau. Nanti aku tunjuk kat sini. 

Yang memeningkan kepala, macam mana cara nak memudahkan BS bagi Amani makan. kita kena permudahkan kerja BS sebab dia dah tolong jaga anak kita. Lagi lagi Amani tu, kekadang perangai boleh tahan jugak. 

So, moh kita google lagi. hihihi~~ 

30.10.17

Masih lagi batuk selsema.

Assalammualaikum...

Kejap je dah nak habis October. Makin lama kemain malas pulak nak menaip di sini. Tapi sayang kat sini.. :p nanti lah sampai masa kita upah orang suh edit background. Sekarang ni masa yang ada tak cukup. 

Amani masih lagi batuk dan selsema. Tapi dah okay sikit. Cuma tang kahak je bengang aku dengar. Abah suruh pergi klinik sedut kahak dia. Aku tunggu sabtu ni. Kalau masih lagi berbunyi bunyi memang momy bawak awak ke klinik tan tu ye Amani. 

Hari Khamis lepas saya cuba buat steam bawang putih dekat dia. Tak lama pun. Kesian sangat tengok muka dia. Merah padam. Yelah, air panas kan? tapi memang cepat lah nampak hingus tu meleleh je. Terus sembur Sterimar lepas tu sedut. Buat 2 kali last sekali saya bagi Nasal Soline. Lega sikit nampak dia. Terus senyum senyum simpul.

Masuk hari ni dah 4 hari aku berpuasa ganti. 29 hari weyyyy kena ganti. so, tolak 4 hari rasa tenang lah jugak. hihihihi~~~ bukan apa, tahun depan akhir bulan 5 kalau tak silap dah start puasa Ramadhan. Jadi kenalah cepat cepat mengganti. 

Jumpa lagi!

24.10.17

Bila baby demam batuk dan selsema.

Hari ni hari kedua Amani demam dan batuk. batuk dia batuk berkahak.
Hari ketiga selsema.
Kesian sangat.
yang bagus nya waktu malam, walaupun batuk kuat macam mana pun. dia nangis kejap lepas tu sambung tidur. tak banyak kerenah.

tapi bila dia batuk tu.
merah padam sangat muka dia.
memang menghiris hati momy dia ni.

saya dah try mandi lemon.
tak kurang.
sapu dengan minyak bawang putih.
pun tak kurang.

semalam waktu subuh badan dia panas.
saya bawak dia pergi KK.
doktor bagi ubat demam je.
ubat batuk dan selsema tak bagi.
memang bawah 2 years takde ubat pon.

saya pernah baca. doktor boleh bagi ubat kalau teruk.
tapi dos amatlah sikit.
macam Amani dapat ubat demam.
3 kali sehari, 4ml je.

tu pon dia pandai dah, nampak kita pegang picagari tu kepala pusing-pusing kiri kanan.
protes lah tu agaknya.
bila bagi melalak sambil dia buat bunyi macam nak muntah tu.
tapi tak muntah pun.
lebih elok muntah sebenarnya. keluar terus kahak tu kan?

harap harap tak lama lah Amani tak sihat ni.
risau betul.

12.10.17

Anda anti vaksin?

Semalam bawak Amani pergi cucuk vaksin.
Sepatut cucuk masa umur 3 bulan, tapi masa umur dia 3 bulan dia demam. Jadi aku saje je delay ke 4 bulan memandangkan umur 4 bulan takde vaksin.

bila sebut pasal vaksin ni takut. sebab sekarang ramai yang tak amik vaksin untuk anak mereka. Bab ni tak nak sentuh lah ye. masing-masing ada sebab dan pilihan terbaik untuk anak masing-masing. dah jadi mak bapak ni kena banyak membaca dan menggali ilmu. jangan jadi pengikut. orang buat macam tu kita pun buat. macam lembu di cucuk hidung kan.



lama tak letak pic dalam blog.
:)

Amani kena cucuk tak nangis pun. Dia diam je. Kita sebagai parents kena observe anak selepas kena cucuk. Ada ruam ke demam ke. Kita kena perhatikan betul-betul. Takut kena kesan AEFI. nak tahu apa tu AEFI klik sini Garis Panduan Keselamatan Vaksin Malaysia sila baca dan hadam kesan-kesan selepas suntikan vaksin. sebab tu ada yang tak vaksin anak dia. dan vaksin sebenarnya adalah 1 pilihan. kita boleh pilih nak atau tak. 

Anak harta dunia akhirat. kita kena bijak untuk memilih yang terbaik untuk anak.

:)

9.10.17

#sindrommakmak bermula dalam diri ini.

#sindrommakmak bermula dalam diri saya.

sejak ada anak ni, walaupun Amani baru nak masuk 4 bulan esok, tapi saya dah fikir panjang pasal hidup dia. hahahahaha~~

angan-angan;

4 years nak hantar pergi kelas KUMON, kelas mengaji. 
5 years nak hantar pergi pre-school yang belajar bahasa Mandarin. sebab saya nak dia sekolah Mandarin. 

planning nya bila anak start masuk sekolah rendah saya berhenti kerja. focus pada anak.
itu plan, resultnya kita tunggu akan datang. 

dari kecil nak develop minat dia ke arah pembelajaran.
dunia pembelajaran sekarang makin menyeramkan.
serius! aku serammmmmm sangat tengok paper exam budak-budak sekarang...

jujurnya dik, memang ahkak tak tahu jawapan atau cara kerja nak dapatkan jawapan kat paper exam tu.. hahahahahaha~~~

aku rasa sampai masanya nanti, anak nak exam, mak pak yang kena masuk tuition. 

A tak menjanjikan hidup senang lenang sepanjang hayat. 
F pon tak menjanjikan hidup susah papa kedana.

yang penting usaha dan tawakal.
Doa jangan dilupakan. 

Makcik aku dulu pernah pesan, 

nak doakan jodoh anak, rezeki kerja bagus, kehidupan elok kena doa dari dia dalam kandungan lagi.

sama-sama lah kita amalkan ye..

:)

2.10.17

Perut Dan Aku.

Lepas bersalin, perut saya masih lagi menggelebar menggelebeh.
macam pakai pouch bag wehhhhhh.
Amani dah nak masuk 4 bulan, momy tak slim slim lagi.


Ni dah start minum ais lagi lahhh.. jenuh haku nak double work mengurangkan berat badan..
actually, boleh je start dah misi diet ni, lagi lagi saya ada 29 hari nak ganti puasa.


tapi tu lah, menu ke apa ke, tak plan lagi.
cuma skip makan malam je. 
tu pun ada jugak culas nya. 
tang exercise pon susah sikit. ingat nak join zumba once a week ke.
tapi Amani siapa nak tengok kan? 
tunggu husband boleh handle Amani 100% baru saya fikirkan yang ni.

sekarang tindakan drastik yang boleh dibuat,
pakai bekung macam dalam pantang.
sapu kapur makan yang dah diperah limau nipis ke perut.
balut perut, lepas tu pakai bekung.

minggu depan kita try eh.
sebab bekung kat rumah ibu.
kena amik tu dulu.

nak buat plank jugak lah.
10 seconds je.. boleh menangis agaknya nanti.
kalau sesiapa rasa saat ni sekejap je berlalu, cuba lah korang buat plank.
;p


perempuan dan kecantikan tak dapat di pisah kan..
am I right?

26.9.17

siapa lebih sabar melayan kerenah anak?

Benda macam ni subjektif. Kena tengok balik diri masing-masing lah kan?

Antara saya dengan suami, saya lebih sabar melayan kerenah anak dari suami. Lebih lebih lagi waktu malam. Biasalah baby lagi kan. Macam anak saya Alhamdulillah, dia tidur malam start umur 50 hari kot? Tapi of course ada bangun malam mintak susu. Jadi saya buat rules suami isteri, selang sehari jaga dia.. kira malam ni saya jaga anak, malam esok suami..

Selalu dia bangun setiap 2 jam atau 3 jam sekali.. tapi datang angin dia, sejam sekali pon ada. So, macam malam tadi, setiap sejam dia bangun nak susu. Sampai pukul 4 pagi lepas tu nangis sikit2 sambil potpetpotpet… saya tersedar bila suami saya cakap tidur lah, nak apa lagi? Hahahahaha.. member tension lah tu kan?

Saya terus amik alih… suruh suami tidur time tu anak saya dah menangis kuat sikit.. bila saya gosok-gosok kepala dia tanya kenapa, bukan faham bahasa baby pon… tapi nak calm kan dia.. dalam 10 min macam tu tak dapat reda kan tangis dia, baru saya angkat dia dukung kejap.. dah berhenti nangis letak dia sebelah papa dia… time ni tak tidur lagi… masih mengomel.. tapi saya agak dia panas, sebab dapat rasa badan dia berpeluh… bagi dia susu, usap usap kepala dia.. tidur balik.. tu pon tak lena.. ada je terjaga kejap kejap.. kita ni baru nak lelap mata.. alarm dah bunyi…


Suami saya ada sabar nya, tapi bila kena mengena dengan waktu tidur tu, sabar nya cepat hilang.. hikhikhik.. kita kena lah tolerate kan? 

kami suami isteri tak sabar nak tunggu anak umur 6 bulan.. sebab orang cakap bila anak dah boleh makan jarang jarang bangun mintak susu... hehehehe~~~

19.9.17

Apa yang kita takutkan.................

Saya ada terbaca ayat ni..


"Apa yang kita takutkan itu lah yang akan Allah uji. Sebab dia uji kita di titik kita paling lemah."
Sebab tu ada ustaz / ustazah cakap, kita jaga hubungan dengan Allah, maka DIA akan settle kan urusan kita yang lain.

jadi nya.. ayat ni suruh kita kembali bergantung harap pada Allah.. 

just do HIS Order and everything will be fine.


belajar terima dengan hati yang terbuka dan redha selalu atas apa yang berlaku.
moga hati kita tenang dan keajaiban akan muncul untuk hidup kita.



18.9.17

1st time anak demam,

Assalammualaikum..

2 minggu lepas baby Amani demam, selsema dan batuk. 
kira demam masa genap usia 3 bulan.
kata orang beralih bulan.

1st pengalaman tengok baby macam tu.
kalut jugak mulanya, sebab kesian sangat kat dia.
Amani cranky nak berpeluk je. fuhhhh... memang lenguh semacam lah..

bawak pergi Klinik Kesihatan..
doktor ada bagi ubat, tapi dengan dos yang sikit sebab mengikut berat badan dia.
dan sehari 3 kali je, tak boleh lebih.

Amani baru tengok syringe tu dah geleng geleng.
hahahahaha~~ pandai pulak tolak ubat.
hari ke 3 demam dah kebah, tapi batuk sesekali masih ada sampai lah ke hari ni.

selsema pun malam je.
pakaikan selimut dia tendang tendang kaki sendiri, bila bukak selimut baru diam.
haishhhhh.... lepas tu kang menangis sebab hidung tersumbat..

masa Amani demam saya mandikan dia dengan lemon suam.
dalam 4 kali mandi.
lepas tu sebelum tidur lap lap badan dengan air sejuk.
kalau malam rasa kepala dia panas, saya tuam dengan air.

kadang terasa jugak dalam hati bila orang cakap anak tak minum susu ibu ni antibodi lemah.
entah lah, menjeruk rasa hati.
doa momy moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Syazwina Amani.

:)

30.8.17

Pengalaman Berpantang

Hari ni hari ke 80 hari selepas melahirkan.

Saya masih pantang benda-benda sejuk.
bengkung dah tak pakai. tapi corset saya pakai.
perut menggeleber lagi. bila entah nak firm.

pengalaman pantang saya miserable.  
bermula lepas balik ke rumah pada hari ke 6.
mungkin kerana perubahan tempat dan cuaca, anak saya meragam. 
dia asyik menangis dan mahu di dukung. dukung pulak kena berdiri atau berjalan.
kalau duduk dia menangis. hai laaa anak, baru usia 6 hari dah tahu keadaan duduk dan berdiri. 😧

saya pantang di rumah ibu saya pada awal nya. dalam 30 hari berpantang macam tu.
ibu masih bekerja dan tak dapat cuti sebab masa saya bersalin lagi 2 minggu je nak raya kan.
jadi cuti dibekukan. ibu pulak kerja shift malam masa tu. 
asal malam je anak saya melalak macam kena pukul. apa pon buat tak dapat nak tenangkan dia.
masa tu saya tertekan sangat. suami pun stress. 😭

urutan badan ibu yang urut. sebab ibu memang tukang urut.
untuk bertungku pulak, kadang culas. culas sebab anak dah menangis.
masa ni adik beradik takut nak pegang Amani. sebab jenis menangis tak berhenti.

berlanjutan sampai ke 3 minggu. siang pun dia jenis tidur 5 ke 10 minit je 😩. bukan macam baby lain yang tidur berjam jam lama nya. jadi masa saya stress tu susu badan terus drop. dan keadaan masa tu tak mengizin kan saya untuk pump susu. 

makan pun tak tentu hala jadi nya. sebab saya jenis makan pedas. bayangkan sebiji cili pun tak dapat makan? paling banyak makan setengah pinggan nasi. selalu 4 5 suap saya dah tak lalu. lada hitam tu bukan pedas macam cili kan.

memang saya langsung tak lalu makan dalam 3 minggu berpantang. bila badan dah kuat sikit, luka dah kering. saya masak makanan pantang sendiri. saya dah tak lalu nak makan nasi. jadi saya masak spaghetti sup, spaghetti goreng salmon dan salmon grill. baru lah lalu makan. masak pun terkocoh kocoh. sebab Amani jenis tak boleh ditinggal kan. 

masa berpantang kan musim raya. saya jadi moody bila semua orang pakai cantik-cantik dan pergi raya. moody sangat. sampai up status kat FB. lupa apa saya tulis. tapi ramai yang komen suruh bertenang dan ingat bukan semua orang dapat nikmat menjadi ibu.

lepas sebulan pantang dirumah sendiri. suami ajak balik rumah MIL. sebab dia pun penat nak ulang alik. saya pulak dalam pantang cenggeng habis kalau suami tak balik. hahahahaha~~ air mata murah sangat dalam pantang. asal dia tak balik tersedu sedu nangis waktu malam. Amani nangis saya pun nangis. baru dia balik 10 minit pon saya rasa rindu lain macam dah. hahahahaha. such a clingy wife. alhamdulillah dapat suami jenis melayan dan memahami. 

Dalam hari ke 50 kot. Amani boleh tidur malam. kalau jaga pun takde menangis, bangun untuk susu je. lega sangat kami suami isteri. sebab saya nak mula bekerja dah. tak dapat bayangkan kalau pergi kerja mata panda sebab tak tidur 1 malam. 

sekarang perangai menangis Amani hanya waktu siang. maka bertabah lah menjaga dia masa siang. tapi dengan pengasuh alhamdulillah. dia behave. nangis sikit sikit je. kata orang anak ni manja dengan ibubapa dia. layan kan je selagi mampu. kalau saya depress, saya tinggalkan je dia kejap. sebab kita ni manusia biasa yang penuh emosi kan?

23.8.17

kenapa bagi minum susu formula?

Masa raya, ramai jugak tertanya tanya kenapa saya tak breastfeed anak saya..
kenapa bagi anak saya minum FM...

saya kadang sampai penat nak jawab..
bila dah jawab..
macam tak puas hati pulak..
kena usaha lah nak bagi anak susu ibu...

entah lah ye...
kadang orang orang ni ingat kita saje tak nak bagi anak minum susu ibu..

masa saya dalam pantang..
anak saya jenis yang kuat meragam..
siang malam jenis bukak mata mulut pun bukak sekali..
bila saya bagi BF dia lagi melalak...
sebab nya, masa di NICU bagi susu guna syringe.. jadi anak saya selama 5 hari dah terbiasa guna tu...
bagi dia bukak mulut je ada susu..
tak payah nak kena hisap..

sedangkan saya, susu baru nak proses..
saya perlukan dia untuk stimulate...
dan keadaan nipple yang inverted dan langsung takde nipple..
buatkan keadaan masa tu lagi rumit..

bila anak tidur itu lah masa saya rehat..
anak saya pernah tak tidur selama 24 jam..
hanya tidur2 ayam selama 5 ke 10 min je...
selebihnya berjaga..

lama kelamaan saya give up...
saya betul betul dah putus asa..
saya ada jugak pam dalam seminggu..
selepas dari tu, ada hal yang berlaku...
saya macam terkena meroyan...
saya tak dapat nak teruskan pam..
sebab masa tu apa pon tak keluar..
walau setitik...
mungkin sebab saya tengah stress...
saya dalam mood baby blues...


ye, nak BF memang mental kena kuat..
sokongan dari keliling pon kena ada..
saya takde masalah dari sokongan dari keliling...
mungkin semua ni atas sebab diri saya sendiri..

sekurang kurang nya saya bersyukur..
saya dan suami mampu lagi belikan anak susu formula..
dari mereka yang kurang kemampuan...

17.8.17

Pengalaman Bersalin

masa duk meneran tu nurse bagitahu dia nak gunting sikit..
husband pun bagitahu sikit je dia gunting...
husband temankan saya bersalin dalam LB.. 
sekali masa nurse mengadap nak jahit luka tu...
kulit dalam pecah dah katanya...
lama jugak dia jahit... dekat sejam lebih...
menggigil gigil masa tu sebab kesejukan...

bila dah settle menjahit dia bagitahu kulit saya ni lembut sangat..
setiap kali dia cucuk jarum.. darah banyak mengalir..
pengalaman dia, selalunya hanya sikit je darah keluar atau takde keluar langsung bila di cucuk jarum..
saya rasa sebab saya makan VCO.. sebab ada baca, VCO tak serasi untuk sesetengah orang...

anak saya kena tahan di NICU...
saya takde moment skin to skin...
sebab masa contraction boleh pulak demam datang melawat...
suhu tinggi, jadi doktor nak pantau darah anak..
memang betul lah, darah dia ada infection..
2 hari jugak ada infection tu..
so, doctor decide kena on antibiotik selama 5 hari...

hari kedua bersalin saya dah boleh discharge...
kalau tak lepas bersalin.. pagi tu dah check semua saya boleh discharge..
tapi dorang nak pantau demam saya...
sebelum balik pergi melawat anak di NICU..
masa tu takde katil kosong...
jadi, saya balik lah rumah..

belum sejam sampai rumah, 
dapat panggilan ada katil kosong.. boleh temankan anak di NICU...
husband tanya nak ke?
ikutkan penat memang tak nak jawapan dia..
tapi fikirkan kesian anak sorang sorang kat sana..
kuatkan jugak lah pergi balik hospital..

bayangkan 1st time bersalin, 1st time jaga baby fragile..
kekok sangat.. lagi lagi dalam hospital tu..
tapi percaya lah, bila kita jadi ibu ni..
automatik kita tahu jaga anak sendiri...
walaupun saya sebenarnya sebelum ni tak berapa gemar dengan baby..
hahahahaha~~ jujur ni cakap...

masa hari kedua ni, susu badan tak keluar lagi..
nurse ada datang picit urut kan breast.. takde keluar apa..
mereka suggest saya guna breast pump sebab puting saya inverted..
saya hanya sempat bagi susu badan dalam 3 ke 4 oz je susu badan...
dan anak saya memang fully fm..

rezeki orang berbeza beza...
saya redha..

16.8.17

Tips di murahkan rezeki

zaman sekarang ni ekonomi teruk sangat...
yang kaya makin kaya..
yang miskin makin miskin....

nak cari kerja lain pun saya jadi takut...
sebab bila kita terbang sana sini takut terjatuh...
kalau sikit sikit terjatuh takpe...
kalau rebah terus.. Allah....
saya tak rasa saya kuat untuk hadap semua tu...

jadi banyak google tips...
tips di murahkan rezeki...

tips yang saya dapat untuk dimurahkan rezeki..

1 - Banyakkan beristighfar
     ni untuk membersihkan hati.

2- Banyakkan bersedekah
     apa yang kita beri kita akan dapat lebih banyak lagi.. InsyaAllah..
     tapi jangan lah memberi kerana mengharapkan balasan.. tu tak ikhlas nama nya ye..

3- Baca surah Al-Waqiah
    yang ni korang google laa sendiri kebaikan nya ye...

4- Solat Dhuha
    umum tahu solat Dhuha ni magnet rezeki..

5- Berdoa dan terus berdoa

biar kita tak kaya tapi kita cukup dengan apa yang kita ada.. kan?

selamat beramal ;)

berangan lagi dan lagi......

bila dah ada anak ni..
kira lengkaplah keluarga kecil kami..
lagi lah saya ni asyik berangan...
nak ada rumah sendiri.. biar kecik tapi sendiri punya...

lepas discuss dengan suami..
kami sebulat buat keputusan nak beli tanah dan bina sendiri rumah...
sebab rumah teres ni kami tak berapa minat sangat...
macam tertutup.. pulak tu parking akan jadi masalah...

apa pun..
bagi kami settle komitmen yang besar besar ni dulu...
hopefully by 2020 all commitments will be settle..

bila tengok anak depan mata...
terus berangan..
nak buat bilik comel lote untuk dia.. sebab anak perempuan kan..
nak ada bilik untuk dia main..
jadi takdelah bersepah ruang rumah nanti...

part paling suka... dapur laaa...
nak ada table top.. center top...
dapur basah dan dapur kering...
lepas tu all equipment untuk memasak atau membakar complete..
huuuuu~~~~ indahnya berangan itu..

moga Allah memberikan rezeki seluas lautan buat kami sekeluarga..

15.8.17

Pengalaman Kelahiran Pertama

throwback cerita bersalin.

5 June 2017,
Malam tu saya turun tanda darah.. banyak lah jugak..
pergi PAC kat Hospital Shah Alam..
baru bukak 1cm dan tiada contraction.. dia suruh balik..

6 June 2017,
dah start cuti..
hati dah takde kat tempat kerja..
maka kita cuti rehat rehat kat rumah..
takde tanda darah turun lagi..

7 June 2017,
darah penuh lagi 1 pad...
masa ni mata terbuntang tengok darah ketul-ketul..
pergi lagi PAC Hospital Shah Alam..
masih sama jugak..
takde apa-apa tanda...
dia suruh balik.. dan doktor cakap kalau air ketuban atau sakit contraction je datang balik...
baiklaaaaa.. saya menurut perintah...
masa ni dah 39w 3 days...
kalau boleh memang nak cepat cepat bersalin..

kat rumah macam macam exercise saya buat...
squat, golek-golek atas gym ball, ketuk ketampi.. semua lah saya buat..
tapi nothing happen...

9 June 2017,
petang tu pergi jalan-jalan seksyen 7..
carik baju raya konon nya...
hahahahaha~~
macam lah kau dapat beraya...
parking keta jauh..
banyak jalan..
masa drive nak balik rumah dah rasa pinggang lain macam..
tapi saya boleh tahan...

pukul 7 malam..
memang dah lain macam sangat..
cakap kat adik.. lepas buka puasa hantar pergi hospital...
check kat PAC baru bukak 2cm.. tapi contraction kuat sangat...
berkali nurse tanya ada minum air selusuh tak? saya takde minum apa-apa...
last minum pon air yogurt..
kena tolak pergi tingkat 4...
lama jugak nak tunggu doktor check...
sambil tu buat ctg... jantung baby tak cantik..
doktor datang check bukaan.. dah 3 cm.. dia pecahkan ketuban..
doktor cakap air ketuban panas.. dia check suhu badan.. saya demam panas.. 39'c
tinggi betul suhu tu...
terus kena tolak masuk LB... menggigil gigil saya kesejukan...
kena tolak masuk LB dalam pukul 10 malam.. doktor jangka pukul 3 pagi bersalin...

pukul 12 malam saya mintak nurse check jalan.. sebab saya nak berak..
dia kata belum lagi...
dia suruh je berak.. saya berak je laa...
masa mengerang kesakitan sy mengiring...
nurse okay je.. takde pulak marah ke apa..
pukul 2 pagi nurse kata dah 8cm.. boleh push..
4 ke 5 kali push baru lah keluar Syazwina Amani seberat 3.34kg..
alhamdulillah...

9.8.17

selepas 2 bulan bercuti

Assalammualaikum...

Berhabuk sangat sesawang ni...
saya dah start kerja 7 Aug, Isnin lepas... tamat sudah percutian 60 hari yang memenatkan... kenapa memenatkan? nanti nanti saya cerita yer....

saya bersalin 15 Ramadhan, 10 June.. so, esok baby genap 2 bulan..
nama baby Syazwina Amani...

dah start train dia duduk rumah pengasuh dari minggu lepas..
sebab nak ajar dia duduk carseat pon iyea jugak...

ehhhhh... tadi macam banyak sangat nak cerita...
tiba tiba lost pulak idea tu..

sambung nanti lah ye..

:)

1.6.17

Bila nak cuti bersalin?

Minggu ni dah masuk 38 minggu,,,
saya masih lagi bekerja...
ramai dah tegur bila nak start cuti...
kalau tak bersalin minggu ni..
minggu depan hari khamis lah kot nak cuti...
entah lah hai...
tak terasa nak cuti...
hahahaha~~ boleh gitu?

tak larat amik mc je laa nanti..
almaklumlah...
cuti tahunan kita sikit je...
tak nak lah guna maternity leave awal-awal...
kang tak cukup rehat pulak...

bila tengok kawan-kawan dah bersalin..
Allahu.. sebaknya...
bila pulak turn saya nak bersalin...
saya nak sangat bersalin sebelum due....
tak nak overdue...
sebab saya memang tak boleh overdue..
so, kalau masih tak bersalin 12hb..
kena serah diri ke hospital..
saya memang tak nak.....

kadang tersentap bila orang sekeliling cakap..
baguslah tak bersalin lagi...
kenapa cakap macam tu?
saya dah cukup bulan.. bukan mintak bersalin awal belum cukup bulan..
memang saya sedih sangat bila orang cakap macam tu...

doakan lah minggu ni saya akan bersalin normal..
moga Allah kabulkan permintaan saya yang ini..

17.5.17

Spaghetti sedap di food court KLCC

Weekend masa cuti labor day...
saya ajak suami pergi KLCC..
sebab nya nak makan spaghetti kat food court...
lepas tu suami cakap dia nak repeat tengok Fast Furious 8..
saya okay kan je.. tak kan pergi KLCC semata nak makan lepas tu balik..
hahahahahah~~

mula-mula pusing kat food court yang tengah tu..
aik... takde stall spaghetti...
tercangak cangak saya dan suami carik...
memang tak jumpa.. tak nampak..
lepas tu saya ajak suami naik food court lagi satu..
yang tingkat atas tu..
alhamdulillah.. jumpa..


fettuccine tu saya punya..
fettuccine mushroom..
sedap laaa hai...
tak cukup sepinggan tu sebenarnya...
lain kali kena repeat lagi..
bawak anak pulak lah... LOL~~

korang try lah...
berbaloi baloi rasa dan harga nya..
tak mahal mana pon walaupun food court KLCC..

Muffin Coklat Ina Azlina

Hari kita cite nak buat mufin kan..
yeahhhhh.. berjaya jugak buat..
bukan nak makan sangat pon...
gian nak mem baking je sebenarnya...

pulak tu bahan-bahan akan expired june ni..
jadi elok lah kira nya kita buat something before expired kan..

nasib baik belah suami saya ada anak buah yang suka makan muffin..
dorang panggil kek laa.. heee~~


butterscotch chip banyak dalam stok..
kita bubuh je sekali atas tu...
:) 



ini lah kejadian nya..
gebuuuuu..
lembut....
2 biji saya makan..
suami makan 2 ke 3 ntah..
yang lain bagi kat anak buah je...

saya guna resepi Ina Azlina..
korang search kat FB eh...

sebabkan lama tak buat apa-apa jenis kek atau muffin..
mula-mula masa dah siap bancuh tu tak yakin jadi..
sebab dia macam likat sikit adunan nya..
tapi sebab saya dah ikut resepi bulat-bulat...
saya teruskan je lah bakar..
alhamdulillah...
menjadi..
:)

minggu ni ada kelas roti...
tak sabar nak pergi..

16.5.17

Keluar keputihan warna hijau semasa mengandung

Semalam keluar discharge warna hijau...
sepanjang pregnant tak pernah lagi ada discharge macam tu..
kalau keputihan pun macam air susu je..
tak kental..
yang ni kental macam gam...

mula-mula rasa nak seronok dah...
eh.. tanda nak bersalin ni...
tapi bila google...
tanda bersalin tu keluar lendir.. bukan kental macam tu...
siap kaler hijau lagi... hahahahaha
lendir keluar jernih.. kadang ada darah..
tu baru tanda nak bersalin..
ikut pembacaan kalau dah turun tanda tu lagi 2 3 hari atau seminggu untuk bersalin...

so, semalam pergi klinik kat seksyen 23..
klinik tu memang selalu jugak saya pergi time pregnant ni...
sebab selesa dengan doktor dia..
doktor pon cakap mungkin tu keputihan yang terkumpul...
dia keluar setompok sekali macam tu...
dia nak bagi ubat insert...
tapi klinik tu takde stok pulak..
aduh.... frust saya..
sebab malas nak pergi klinik lain..

terus balik rumah ajak suami pergi klinik kesihatan..
lucky klinik kesihatan bandar botanik tutup pukul 9 malam...
so, around 6:30 petang semalam pergi KK..
tapi doktor advice datang pagi ni..
sebab nak ambik sample keputihan...
nasib baik jugak.. sebab doktor semalam lelaki...

jadi pagi tadi dah settlekan semua..
pergi kerja balik..
saya memang biasa mintak time slip je..

dah masuk 9 bulan...
ya rabbi.. jalan sikit dah penat lain macam...
mengah tercungap toksah cakap lah...
hari hari mengadu kat suami..
cepatlah bersalin...
saya penat bawak badan..
suami diamkan je.. hahaha
yelah, anak pertama kan..
tak de experience cepat ke lambat..
harap-harap ngam-ngam 37 minggu saya dah bersalin..
which is next week...

start semalam dah google..
tips cepatkan bukaan..
yang dah buat makan nenas dan ketuk ketampi..
ketuk ketampi pun buat syarat je dulu.. LOL~~
baru 10 kali dah mengah.. acaner???
jadi kita buat mana yang mampu je dulu...

pleaseeeee doakan saya bersalin minggu depan..
:)

5.5.17

Plan untuk weekend ni.

Yeayyyyyy..
hari ni dah Jumaat...
hari yang saya tunggu tunggu...
hahahahahaha~~~
bukan apa.. sejak masuk trimester ketiga ni...
Ya Rabbi.. penat nya melampau.. macam kerja buruh kasar pulak...

This week hari ahad je penuh dengan atur acara...
lepas subuh pergi pasar...
pukul 12 tengah hari ada majlis cukur jambul anak bff kat Ampang..
lepas tu nak shoot terus ke Keramat.. cousin saya baru bersalin..
tak tahu lah mata dapat bertahan ke tak..

lepas tu otak ni dah berkira kira nak buat biskut arab...
yelah, raya kan tak dapat makan kuih raya...
ntah dapat tahan ke tak nafsu saya ni...
kekekekeke~~ harapnya bertahan laa yer...
badan nak pakai lama...

rasa nak buat biskut arab dan muffin coklat chip...
tinggi bebenor lah harapan nya kan...
ntah larat ke tak nak bertapa depan oven..
oven dah lah comel je..
ngeeee~~

we see lah how..

:)

3.5.17

malas mood ON

Sekarang ni lemau betul nak kerja..
tiap-tiap hari bangun pagi memang kemalasan tahap dewa nak bersiap pergi kerja..
dulu saya selalu keluar dlm 7:50 pagi ke pukul 8 macam tu...
saing dengan husband..
now takde..
7:50 pagi beru terhegeh hegeh nak pergi mandi...

dulu rajin gak buat breakfast untuk husband..
now hari hari dia makan telur separuh masak je..
hahahahahaha~~~
tu sebab dia nak diet...
kan katanya makan telur di waktu pagi boleh mengurangkan berat badan...
weekdays husband tak makan nasi..
dia makan lauk pauk je.. selalu saya akan masak kan sup sayur untuk dia..
tapi semalam takde..
goreng carrot sampai garing campak kan sosej je dalam tu..
nak nampak cantik sikit.. masukkan bawang holland bersama..
well, husband saya ni ada darah bangla sikit agaknya..
kemain suka pada bawang...

ibu jari belah kiri entah kenapa sakit...
nak kata tulang terkehel..
tak de pulak ciri ciri bengkak tu..
tanya kat officemate..
dia kata masa dia mengandung pun sakit tang ibu jari...
kata nya tak cukup kalsium..
hari-hari saya minum susu..
makan pil kalsium pon ada jugak...
>.<"

28.4.17

cerita minggu ni..

sepatutnya beg nak ke hospital dah kena ready...
tapi saya tak ready kan lagi...
dah kemas sikit sikit..
ada lagi barang tak complete...
rasanya minggu ni nak pergi complete kan barang tu...
tinggal benda kecik kecik...
hopefully by 35 minggu beg dah ready laa...
ini pun saya tak larat nak mengemas sangat..
bilik dah macam kapal karam...
huhuhuhu~~~

minggu lepas MC 2 hari...
sebab darah rendah.. kepala pusing je..
minggu ni EL sehari..
demam pulak.. demam yang tak diundang..
tiba-tiba je demam ni datang...
siap pakej angin pusing satu badan...

hari ni datang kerja jugak..
sebab saya segan..
2 minggu berturut off kerja kan...
nasib baik boss saya okay..
alhamdulillah bab yang tu...

esok weekend ingat nak masak special sikit..
lama pulak tak masak yang best2...
lagipun husband makan nasi during weekend je..
weekday dia diet nasi..
mula-mula ingat nak masak nasi ayam je...
simple je kan.. hahahaha~~
tadi google google...
rasa nak masak nasi ayam penyet lah...
hohohoho~~
tak pernah lagi masak nasi ayam penyet ni...
selalu makan kat kedai je..

lepas ni kita google dessert pulak..
tak sedar diri ni nama nya...
muahahahahaha :)

happy long weekend uolls...

21.4.17

kemengantukan yang teramat sangat

kawan depan meja dah bersalin semalam...
comel baby dia..
dia kena induce start hari Isnin.. malam semalam dia bersalin...
tak dapat bayangkan macam mana sakit yang dia tanggung..
sebab lama kan dia sakit...

bila dia dah bersalin,
boss cakap kat saya... lepas ni your turn..
jujurnya.. tak nak fikirkan lagi macam mana nak bersalin nanti..
hahahahahaha~~~
sakit tu sah sah lah kan..
yang nak dikeluarkan tu satu nyawa..
bukan anak patung...

sekarang saya 32minggu 5 hari...
saya target nak bersalin minggu ke 37..
boleh ke main target2? kahkahkahkah~~
harap-harapnya dapat lah bersalin minggu ke 37 tu...
ni pun ramai dah tegur muka nampak kembang semacam...
kata orang petanda nak bersalin...
mintak jauh laaaaa bersalin awal sangat ni...

hari ni rasa letih semacam...
dengan mengantuk nya lagi...
sejak masuk minggu 30 asyik lah terjaga jaga je bila malam..
tidur memang tak lena langsung lah...

lagi satu..
sekarang ni makan tak boleh banyak-banyak...
nafsu makan tu memang membuak buak..
tapi cepat je rasa kenyang nya...

takpe.. lagi 5 minggu je..
harap-harap lah 37 minggu dah jumpa si kecik...
:)

20.4.17

Gian nak pakai eye shadow.

Kelmarin dan semalam saya MC..
badan rasa lesu.. penat semacam..
dan bila berdiri je rasa berpusing...
Jadi mintak permission dari boss nak pergi klinik..
tak snagka pulak dapat MC 2 hari..
tak kemana pon 2 hari..
duduk rumah je..
betul-betul saya merehatkan diri...

tu pun petang semalam pergi pasar malam kejap..
masa jalan tu kepala pusing...
balik terus baring kejap...
mungkin betul lah agaknya tak rehat betul betul..
mengandung ni susah kan nak di duga badan kita..
lagi badan jenis lain lain...
perubahan hormon...

semalam petang saya main make up make up...
hahahahaha~~~
padahal barang make up nan ado...
guna je apa yang ada..

pagi ni pun semangat lah dah plan nak make up..
tapi tak boleh lah tebal-tebal..
kang nak solat susah..
saya malas nak bawak make up remover..
jadi bawak wet tisu je...


tak smooth..
bercapuk..
sebab kulit saya sendiri menggelupas kekeringan...
tapi ni better dari bulan bulan lepas..


actually saya kemaruk nak pakai eye shadow..
hahahaha..
ni pakai bedak compact je...
pastu terus taram eye shadow..
jadi lah..
puaskan hati sendiri..
kot orang nak kondem..
kondem dalam hati ye..
jangan mengata kat ibu mengandung..
hati i tisu sekarang ni..

kekekekekeke:p

esok kalau rajin kita pakai eye shadow lain kaler pulak..

rasa nak shopping tambah barang make up..
tapi barang anak lagi penting kan..
so.. bertabah lah wahai bonda..
=)

14.4.17

Duduk Rumah Mertua

Dah 2 kali entry Kak Di pasal keluarga mertua.. 
boleh refer link Blog Diana Ishak ...

entry pertama pasal pengotor.. 
entry kerdua pasal kedekut a.k.a jimat melampau...

saya sendiri duduk rumah mertua.. 
sebab suami saya satu-satu nya anak lelaki dan dia bongsu...
sebelum kahwin suami tak pernah terus terang nak duduk rumah mertua... sampai lah saya bukak mulut tanya.. saya pernah tanya sampai bila? dia cakap tu rumah dia.. so, kita faham-faham lah kan.. 
tapi akan datang tak tahu lah macam mana...

tapi insyaAllah, nak jugak beli rumah sendiri.. buat aset di masa depan.. 
biar kecik janji sendiri punya...

kat rumah ada mak mertua je.. sebelah rumah kakak ipar yang sulung...
saya tahu.... ramai akan cakap kenapa tak pindah? tak elok duduk rumah mertua.. yelah, kan banyak kes mak mertua dan menantu tak sebulu.. kata orang banyak negatif nya dari positif bila serumah dengan mertua..

tapi saya bayangkan kalau saya jadi mak mertua.. dia tinggal sorang.. rumah besar.. kalau kami pun pindah.. kesian kat dia.. kot sakit pening ke apa.. 
lagipun, saya bekerja.. jadi masa saya kat rumah tu hanya waktu malam dan sesekali on weekend.. tapi mostly weekend memang balik rumah ibu saya... jadi masa saya terhad je kat rumah tu...

so far dah duduk situ almost 7 bulan... alhamdulillah okay... 
apa yang tak kena.. atau yang saya rasa tak selesa.. saya bagitahu suami saya.. nanti suami saya bagitahu mak mertua.. 

jenis saya balik kerja masak.. mengemas memang takde during weekday... jadi saya akan mengemas weekend.. sementara tunggu suami balik kerja saya akan kemas rumah.. lepas tu siap-siap terus balik rumah keluarga saya.. 

mak mertua saya pulak jenis kuat mengemas..
percaya atau tak kain baju kami suami isteri dia yang basuh dan sidaikan...
kami suami isteri dah deal akan basuh jumaat malam.. sebab sabtu boleh sidai.. 
tapi dia cakap baju mak sikit je.. mesin basuh kan besar..
ada sekali saya cakap direct je.. mak kenapa basuh baju kiteorg? 
dia jawab.. bukan berat pun.. 
bak kata Kak Di, apa yang mak mertua kita selesa.. biarkan je lah dia buat..

ada jugak apa yang mak mertua buat tak kena kat mata saya..
tapi saya fikir.. ni rumah dia.. 
biarlah dia nak buat apa.. bila saya rasa tak kena kat mata saya..
saya masuk je bilik.. hahahahah~~

saya pun takde lah borak sangat dengan mak mertua...
time tengah masak ke time tengah makan ke..
macam tu je lah..
nama nak duduk lepak borak-borak..
memang takde... cuma bila kakak-kakak ipar berkumpul.. 
saya pun ikutlah sekali.. tapi kita dengar je lah apa yang di borak kan..
orang kata tunjuk muka...

pernah je rasa macam serba tak kena...
mengadu je kat suami..
lepas mengadu tu lega lah sikit..
biasalah kan, kita perempuan ni hati tisu mesti ada...

apa pun sebab saya ni duduk rumah dia..
jadi saya sendiri kena beringat...
tata tertib tata susila semua kena lah jaga sikit..
kan?

11.4.17

Pregnancy Stories : 8th

Minggu ke 31 dah ni...
tengok kawan depan meja ni.. dia dah 37 ke 38 minggu...
saya pulak yang nervous tengok perut dia..
hahahaha~~
kata nya nak kerja sampai 4 hari sebelum duedate... sebab history family semua bersalin masa hari duedate...

minggu ni planning nak kemas dan prepare barang-barang ke hospital...
saya tengok dalam FB, minggu ke 28 lagi dorang dah prepare..
masa minggu ke 28 saya mintak tolong abah basuhkan baju baby...
jadi sekarang tinggal nak kemas dan packing je..
walaupun nampak macam senang.. tapi kalau dah M duduk dalam badan..
memang tak gerak nya...

start minggu ni saya google segala menu dalam berpantang..
sebenarnya menu dalam pantang ni kukus,rebus dan grill..
cuma ada jenis jenis ikan yang kita boleh makan dengan tak je...
insyaAllah saya pantang rumah ibu saya....
last year, ibu jaga adik saya..
tapi kesian saya tengok..
sebab ibu bekerja.. jadi terkejar kejar dia nak siapkan baby dan mak baby...
menu dalam pantang pun masa minggu pertama tu huru hara saya tengok..
hahahahaha~~ kadang kadang saya google, saya suruh ibu buatkan untuk adik saya...

jadi, untuk mengelakkan perkara macam tu berulang...
saya google siap-siap.. at least ada idea nanti apa boleh makan apa boleh di masak...
tak nak jadi kelam kabut lah... 
saya buat list jugak untuk husband saya...
macam buah-buahan yang boleh di makan..
mostly buah-buahan import..
buah-buahan kena beli stock seminggu sekali..
macam ikan pulak, sebulan sekali mak mertua pergi pasar basah..
jadi husband boleh mintak tolong mak pilihkan ikan masa tu...
siap request kat husband suruh cuti seminggu...
entah dia nak ke tak.. raya pun tak pernah cuti sampai seminggu...

set berpantang saya dah beli..
tinggal nak kena beli vitamin..

harap-harap badan kecut lah lepas bersalin nanti..
esok ada check up..
paling saya takut bila kena naik penimbang..
ngeri tengok nombor kat situ..

selalu doa moga saya bersalin minggu ke 37.. amin~~

7.4.17

Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam Melaka

1hb April lepas saya ke Melaka..
Ada kenduri aqiqah anak bff..
sebabkan Melaka je.. kami suami isteri okay je nak penuhi undangan ni...
lagi satu sebab, ni agaknya kali terakhir dapat jalan jauh... heeeee~~~
lepas lepas ni kena tunggu bersalin dan anak besar sikit...

hari sabtu tu saya update status kat FB.. tanya makan mana sedap di Melaka...
ada 2 orang respon.. suami pilih nak makan asam pedas...
jadi kami ke Pasar Borong Batu Berendam...
kat situ ada food court...
menu utama setiap kedai asam pedas dan juga roti canai...

saya pilih menu asam pedas daging tetel.. suami pulak pilih asam pedas telur mayong..
dia memang suka telur ikan mayong tu..
now days, telur ikan tu mahal gilaaaaaaa...
lepas tu tokey ikan pandai dia tebuk perut ikan sebelum jual ikan tu..
jadi, kita selalu beli ikan mayong yang tak de telur...



harga pun tak mahal sangat...
seingat saya set asam pedas telur ikan mayong RM13 je...
asam pedas melaka ni dia cair kan..
bagi saya lah..
saya biasa masak asam pedas pekat..
lepas tu resepi dia ada daun limau purut.. tapi kalau saya tak taruk daun limau purut tu..

tapi sedap...
cukup rasa segalanya..

menu sampingan saya pilih satay..
ada 1 je kedai yang jual satay kat situ...


ni kedai nya...
ada jual  rojak jugak..


beli 5 cucuk satay ayam, 5 cucuk satay daging..
satay daging dia sangattttttt sedap ...

kuah dia pun pekat..
haisshhhh... meleleh pulak air liur kita...
memang sedap lah..
1 cucuk 85 sen je..
berbaloi lagi makan ni dari makan satay kajang..

next time kalau pergi Melaka lagi dah tahu dah mana nak makan..

:)

4.4.17

Guna Oxywhite dan Loreal Hydrafresh Genius Water Busting Mask

2 minggu lepas, saya pergi ke Guardian...
kawan saya kerja Guardian...
selalu inform kalau ada sales atau promotion baru...

sejak mengandung saya memang alah pada mana-mana produk muka..
tak kira lah cream muka atau pembersih muka..
scrub muka lagi lah...
tapi bila dah masuk 3rd trimester ni saya cubalah guna balance pembersih muka yang ada tu..
2 hari buat eksperimen..
saya cuci muka sebelum tidur..
ehhhhh.. takde kesan negatif dah.. hahahahah~~~

boleh dah pakai...
sebabkan kulit muka terlampau gersang bagaikan di padang pasir...
saya keluarkan balik krim pelembap dalam simpanan..
siap simpan dulu dalam fridge sebelum nak pakai..
sebab nak effect sejuk tu.. 


masa awal-awal mengandung kulit muka kering bagaikan padang pasir..
saya beli ni..
tapi tak berkesan..
rupanya sebab hormon masa tu...
sekarang saya pakai balik lah...
alhamdulillah..
makin okay lah kulit ni..


cream ni boleh buat sebagai pelembap, krim malam, essence dan juga mask..
tapi saya tak suggest lah korang pakai sebagai mask..
sebab krim ni tak akan kering.. berlendir je nanti muka korang tu..
sebelum pakai bedak, saya pakai nipis-nipis krim ni..

tak tahulah bila nak habis..
sebab pakai dalam 2 3 titik je sekali pakai...

untuk pencuci muka saya masih setia dengan produk dari SAFI.. 
saya pengguna setia Safi sejak sekolah menengah lagi..
sebab masa dulu pencuci ni paling murah kat pasaran..
ni je lah mampu.. 


ni yang saya pakai...
sehari 2 kali je cuci muka..
bangun pagi dan sebelum tidur..
jangan selalu cuci muka guna pencuci..
nanti kulit kering sebab minyak natural dari kulit dah takde..


Hari tu beli face mask kat Watson..
sebab face mask kat Watson comel comel..
borong 5 keping rasanya..
lepas tu dalam simpanan masih ada lagi...
tapi bila nak guna nya tak tahu lah...
takde mood dan kepenatan terlampau bila waktu malam..
sebelum tidur konon berangan nak pakai mask..
tapi end up selalu dah terbaring baru nak ingat..
memang tak lah saya nak bangun dari katil balik...

harapnya malam ni mampu merajinkan diri pakai mask..
nak jugak cantik macam che ta dalam labor room..
moga kulit cepat pulih..