31.1.10

ALPHA LIPID LIFELINE.

Kelebihan Kolostrum Alpha Lipid lifeLine.

  • Mengandungi antibodi [Immunoglobulin] untuk melawan pelbagai jenis penyakit bakteria, virus dan pathogen.
  • Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit.
  • Formula Alpha Lipid 100% berkesan dan diserap cepat.
  • Mengandungi Vitamin dan Zat Galian [Kalsium, Magnesium dan lain-lain] semulajadi cukup untuk keperluan harian.
  • Mengandungi Faktor Pertumbuhan [Growth Factor] yang penting untuk proses pemulihan sel dan anti penuaan [anti-aging].
  • Sangat sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu.
  • Menbantu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dalam darah.

Nota : BUKAN SEMUA KOLOSTRUM ITU SAMA. ALPHA LIPID MANGANDUNGI KOLOSTRUM YANG BERMUTU TINGGI, IAITU DIAMBIL DARIPADA LEMBU-LEMBU DI LADANG TERNAKAN NEW ZEALAND YANG BEBAS DARIPADA HORMON, ANTIBODI DAN BSE.

alphalipid

Susu ini berfungsi juga untuk mengurangkan berat badan dengan secara sistematik. Bagi mereka yang tidak suka minum susu..Terdapat juga dalam bentuk tablet.

alphalipid

Sesiapa yang berminat ingin mencuba atau ingin menjadi pengedar untuk mencari side income bolehlah mencubanya. Sila hubungi Pn. Hasni Hussain di nombor 014-6426223 untuk mendapat maklumat lanjut.

Maklumat lanjut boleh dilayari di www.colostrumresearch.org dan www.newimageasia.com.

29.1.10

perancangan dimasa depan.

ramai dikalangan kawan-kawan aku amik MUET tuk masuk IPTA..aku tak amik lagi..sebab aku tak bercadang pun nak masuk IPTA tuk amik degree..

aku cadang nak amik diploma balik kat IPTA..tapi tak tahu lagi jurusan apa..yang penting bukan business management..nak study tentang benda lain pulak..yang layak dengan result SPM aku dulu lah..kalau tak dapat..nanti aku nak buat rayuan lah..sebab aku dah tahu dah sikit-sikit selok belok tuk sambung belajar kat IPTA incase aku tak dapat secara UPU tu..biarlah orang cakap aku bodoh ke apa..sebab nak mula dari bawah..asalkan aku tahu apa yang aku nak..

kalau still tak dapat jugak..aku amik kat kolej atau universiti swasta..tapi kena pilih yang betul-betullah yang aku berkenan..dan aku amik degree je lah..kena pilih yang mampu dibayar lah..

kalau belajar kat swasta..maybe aku belajar after 3 years kot..sebab tahun depan adik aku yang ke3 dah abis SPM..mesti mak aku nak kena kumpul duit untuk dia masuk belajar kan? jadi dalam tempoh 3tahun sebelum belajar ni..aku kumpul harta benda dulu..kumpul duit sikit..buat bekalan untuk belajar..sebab..kalau boleh tak mau amik pinjaman..nanti payah nak bayar..yang mara sekarang ni pun aku pinjam agak tinggi,..ni kan pulak nak tambah pinjaman yang baru? botak pale..tak kawen lah nanti..hehehehe..

lagipun..proposal untuk mintak loan sedang diusahakan..loan untuk bukak bisnes sendiri..jadi..kalau aku tak sambung belajar pun..aku dah ada kerjaya kan? tapi apa pun..aku tetap akan sambung belajar walau lambat macam mana sekalipun..sebab ilmu tu penting untuk hidup di masa akan datang..

 

28.1.10

(:untungnya jadi mereka:)

kalau diberi peluang menjadi kumpulan manusia yang di kalangan yang untung atau bertuah..mesti korang nak kan? kalau aku..memang pasti sangat aku nak jadi orang yang bertuah tu..

orang beruntung dan bertuah tu macam..korang dapat apa je korang nak..apa yang korang impikan..mak ayah korang akan tunaikan..kalau mak ayah kaya..bolehlah berangan macam-macamkan? kalau yang income sekadar cukup-cukup makan je..macam family aku ni..kena aku sendiri yang bekerja..bersusah payah cari duit sendiri..pernah aku cakap kat abah aku..abah..belikan orang kereta..dapat kancil pun jadilah..pastu abah aku cakap..nanti bila abah jadi jutawan..bukan sebiji je kereta abah belikan..tunggu abah jadi jutawan?? hurmm..ntah bila lah kan?

orang yang beruntung dan bertuah jugak bila orang tu dikelilingi ramai orang..ramai sangat yang care pasal dia..bila dia hilang je..ramai yang cari dia..ramai yang sibuk tanya kemana dia pergi..bila dia dilanda masalah..ramai yang nak tolong..bila dia muram..ramai yang perasan..untungkan? bilalah aku dapat jadi macam tu..

untung orang tu bila dia dilahirkan dengan akal fikiran yang memang cerdik..bijak pandai kata orang..tak payah nak study teruk-teruk..study ala kadar..dah dapat masuk dalam kepala otak dia..lepastu result gempak..memang best laa..teringin aku nak jadi macam tu..

banyak lagilah orang beruntung didunia ni..tapi kadang kala, kita memang dilahirkan menjadi segelintir yang beruntung..tapi kita tak sedar..kita tak perasan pun yang kita ni dikalangan mereka yang beruntung..cuma..bila nikmat tu ditarik..baru kita perasan..

tapi..apa pun..haruslah bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan pada kita..sebab DIA tahu apa yang terbaik untuk kita..

27.1.10

gembiralah hari ni…

waa..tadi paper memang syiok abes..seronok jawab exam..ade ke orang macam aku? seronok pulak exam kan?? bukan apa..sebab aku dapat jawab..huhuhuhu…tu sebab gembira je..

last paper 2hb nanti..lambat lagi..sementara tu tak tahu lah nak balik ke tak..tapi sampai jumaat ni memang kena ada kat kolej..sebab nak siapkan tempahan cupcake..ada orang order..lepas dah siap keje tu kot baru aku boleh balik..tapi macam buat penat je..sebab nanti balik sini balik..nak jawab exam..lepas tu balik klang balik..haishhh!! buang duit dengan tenaga..tapi tengoklah nanti macam mana..kalau dah kebosanan yang teramat..memang baliklah..takkan nak keluar je kan..bankrup lah poket saya..

bila nak dapat gaji ni..poket dah kosong sangat ni..lambatnya nak tunggu hari jumaat! berdoa gaji keluar awal dari jangkaan..esok!

26.1.10

salah kahwinkan pasangan!

hari ni aku ade exam subjek common law..malam tadi aku duk hafal element case..nama case..samapi tido pun pegang lagi taw notes tu..<----------kenyataan menunjukkan aku bersungguh-sungguh mengulangkaji..heee~~~~sila percaya ok! ni fakta dan bukan auta..

tadi dalam dewan peperiksaan..aku menjawab dengan penuh tekun..tanpa ada sebarang masalah..tangan pun dah penat menulis..merah-merah tangan aku..kemudian, aku pun keluar dari dewan itu dengan perasaan yang sungguh tenang sekali..gembira terpancar di wajahku yang suci..[ayat macam nak wat karangan spm]

 

tapikan…tapi…….

bila sampai uma..aku check balik…wuaaaaaaaaa~~~~~aku menangis aku di buatnya..

bukan salah jwapan..jawapan dah on..dah betul..tapi..

aku tersalah kahwinkan pasangan dalam case tu..

contohnya..{a vs b} , {d vs e}..

tapi aku pegi tulis..{a vs e}, {d vs b}..

miahahahahaha..dengan penuh yakin lah kononnya masa menjawab..sekali..haa..amik kau! salah kahwinkan pasangan..

aku nak tanya soklan bodoh ni..

agak2 aku fail ke erk?? sebab salah pasangan tu?

bagi korang ni soklan bodoh..tapi..bagi aku..ni memang aku tak tahu jawapannya..

klu kena supplement tak pelah..kena redha jee..tu dah takdir..nak buat macam mana..

25.1.10

baik jadi bodoh kalau macam ni!

makin tinggi belajar makin rendah akhlak seseorang..betul tak? siapa setuju? kebelakangan ni korang tengok je lah berita-berita yang disiarkan di dada-dada akhbar sungguh mendukacitakan..

cuba baca berita-berita yang aku dapat ini..

pelajar jurusan perubatan yang baru pulang bercuti di tanah air apabila sanggup memukul bapa kandungnya sendiri selepas permintaannya untuk mendapatkan wang RM1 juta tidak dipenuhi.

selanjutnya baca disini

pelajar jurusan perubatan..nama jurusan je orang dah boleh tahu yang dia seorang pelajar yang bijak pandai..tinggi harapan ibubapa menghantarnya belajar diluar negara..tapi boleh buat perangai macam ni?

pelajar ipt menjadi bohsia, gro, dan perempuan simpanan..apa kes tu? kalau pun tak cukup duit..banyak lagi kerja yang halal yang boleh korang buat..tapi kenapa pilih jalan yang songsang macam tu..mana pergi akal fikiran korang yang cerdik tu untuk berfikir mana yang betul mana yang salah?

abah aku selalu cakap..kalau buruklah perangai macam ni..lebih baik tak belajar tinggi-tinggi..tak masuk kolej pun tak pe..nak buat apa anak belajar tinggi tapi perangai macam apa..akhlak tak de..ntah lesap ke mana..

dunia sekarang ni makin ntah pape kan?

24.1.10

ahad yang indah.

hari ni hari ahad yang sungguh indah dan tenang sekali..damai je aku rasakan..angin bersepoi-sepoi tiup dari udara masuk dalam balkoni uma aku ni..terasa nyaman sangat..dan aku terus berangankan sesuatu..

apa die erk????

….

….

….

….

….

…..

….

 

 sumber pic : pakcik google..

kalaulah dapat bermandi-manda di pantai pada waktu ini..waaahhh..memang best taw! lagi-lagi bersama dengan mylurve…i like!! romantik gitu..lama dah tak pegi mandi-manda begini..

outing2009

kali terakhir pegi mandi-manda bersama McD…outing time!

ade sape2 tak nak bawak aku pegi mandi laut?

23.1.10

membebel ntah pape

sabtu yang cerah…panas..cepat kering kain baju..tapi..tu pon kalau aku basuh lah..huhuhu..ni malas nak basuh..nak wat assignmnt jap..sikit jerk lagi..mggu depan dah final..kejap je masa berlalu…tapi duit masuk lambat lagi..poket dah ringan seringannya..wuaaaa…

teringin nak pegi tengok movie…tapi duit aku tak de..tak pe la..minggu depan dapat gaji..aku balas dendam..sape3 nak ikut..jum laa..nak g cuci mata jugak..ngee~~~

21.1.10

macam makcik-makcik ke?

korang suka tak pergi pasar? maksud aku..pasar tani atau pasar borong..pasar yang banyak menjual barang keperluan untuk memasak..atau korang tak pernah jejak kaki pun kat pasar borong tu..kalau pasar tani yelah..mesti pergi..barang yang lain ade..leh cuci-cuci mata sikit kan?

aku dah dilatih oleh ibu dan abah sejak tingkatan satu kalau tak silap lah..untuk menemani ibu ke pasar..pegang barang yang ibu belilah..selain tu..kenal ikan..sayur-sayuran..dan bermacam jenis barang keperluan memasak lah..tapi.adik aku yang ke-4..umur sekarang 12tahun..ibu dah bawa dia pegi pasar sejak dia berumur 10tahun lagi..awalkan? dan dia boleh menyiang segala macam ikan ke, udang, ayam dan lain-lain sejak dari umur 11tahun..dan dia suke buat kerja menyiang bagai tuh..yang berbau busuk hanyir tu..kalau hari ahad..ibu pegi pasar pukul 7pagi..dia bangun awal lagi..sebab dia suke ke pasar..

tapi, zaman sekarang ni..aku tengok umur yang baya-baya aku ni..ada yang tak kenal ikan pun..ikan selar dikatanya ikan kembung..ikan kembung dikatanya ikan sardin..kadang-kadang bila aku ke kedai runcit dekat dengan kolej ni..hanya ada satu sahaja yang menjual barang basah..yang jaga tu pun lelaki semuanya..kekadang aku malu lak..diaorg pegi tanya abang-abang kedai tu ikan yang paling senang..”ikan kembung mana satu ye bang?”..dalam hati aku terdetik..aku ni terlalu advanced sangat ke..sampai aku kenal kebanyakkan ikan yang biasa aku makan..adakah aku terlalu cepat untuk menjadi tua macam mak-mak tu..

kalau betul sangkaan aku..tak mau lah macam tu..nak buat-buat tak kenal ikan lah..tapi ada jugak ikan yang aku tak kenal..ada jugak kawan aku yang tak pernah menjejakkan kaki ke pasar borong yang subuh-subuh lagi dah beroperasi tu..diaorg lagi pelik lak dengar cite aku yang aku pegi pasar borong..tapi memang aku suka pergi pasar..walaupun tempat tu bau busuk dan hanyir..

sebab aku leh banding-bandingkan harga..mana yang mahal..mana yang murah..lepas tu, leh kenal sayur dan ikan-ikan yang jarang dijumpai..even kalau pergi supermarket..aku mesti terjah tempat-tempat yang jual barang masakan ni..aku tengok satu per satu..usha sana sini..entahlah..

perangai aku tu macam makcik-makcik tak korang rasa?

19.1.10

bergaduh berebutkan lelaki?

perempuan berebutkan lelaki? wah..memang bestkan kalau tengok pergaduhan macam tu..lagi-lagi kalau bergaduh depan orang ramai..fuhh…memang beranilah perempuan tu..zaman sekarang ni..budak-budak yang pakai baju sekolah tu..memang selalu je aku tengok macam tu..gaduh nak bawak geng..apa kes?? gaduh lah sorang-sorang..barulah betul..

bagi aku..kalau perempuan tu..setakat baru couple dengan lelaki tu..tak samapi 6bulan lak tu..tup..tup..lelaki tu ade perempuan lain..kalau aku kat tempat perempuan ni..aku just marahkan lelaki ni..sebab..kalau dia tak melayan perempuan lain..tak mungkin benda macam ni terjadi...aku biarkan je..takde masa aku nak pergi tumbuk ke..tarik rambut perempuan tu ke..baik aku cari lelaki lain..biarkan je diaorang tu..tak kuasa aku berebutkan lelaki yang baru tak sampai 6bulan aku couple..

tapi kalau dah setahun nak ke dua tahun tempoh perhubungan tu..waa..ni yang bikin hati panaskan? yelah..dah setahun baru kau nak wat perangaikan..mulut cakap sayang..hati macam bangang! bagi aku..tengok keadaan..kalau betul perempuan tu yang mulakan dulu..please..aku memang betul nak jumpa perempuan tu..aku akan face to face dengan perempuan tu..without the men between our discussion..biar aku slow talk sikit dengan perempuan tu..basuh sikit pale otak dia tu..apa masalahnya..tapi kalau lelaki tu tak benarkan..tolonglah bagi die kesedaran..suruh dia pilih siapa..antara gf dia atau girl tu..kalau dia pilih kita..tapi still lagi ada relation dengan perempuan tu..memang masalahlah..dua-dua aku hentuk kepala kang..

kalau kes-kes macam ni..sama ada lelaki tu yang menggatal kat perempuan lain..atau perempuan tu usha lelaki tu..kalau dia tak tahu lelaki tu ada gf..it’s ok..lelaki tu macamlah takde mulut nak bagitahu..yang dia ade gf..tapi kalau dah lelaki tu bagitahu..tapi perempuan tu..still nak gedik-gedik..tak payahlah layankan? ni dah tahu perempuan tu syok kat dia..pastu siap tak kisah lagi walaupun lelaki tu ade gf..lagi nak layan..apa kau fikir kau tu hensem sangat ke? macho lah tu..sebab ramai perempuan tergila-gila kat kau! kau tak reti nak putuskan dulu relationsgip baru buat another relationship..? memang aku nak tojol je kepala lelaki perasan hebat ni..dengan perempuan tak tahu malu..amik hak orang..

tapi..if my relationship with mylurve have this kind of problem..aku rasa..aku tinggalkan je mylurve..because..aku bukan jenis yang macam tu..nak berebut-berebut lelaki ni..nak-nak aku bukannya ada ikatan yang sahkan? kalau aku gaduh sana sini..tapi mylurve kahwin dengan orang lain..penat aku je gaduh rebutkan dia..kalau dia dah jadi tunang aku..aku tak kisah..aku boleh perjuangkan jugak habis-habisan sebab time tu.separuh dari diri mylurve adalah hak aku..bila dah nikah..barulah hak mutlak bagi aku kan? kalau dah jadi hak mutlak ni..tengoklah sini..siapa berani kacau..meh aku bagi penyepak laju-laju..

kalau lelaki berdiam diri melihat pergaduhan berlaku kerana dia..sebab berebutkan diri dia tu..dia tu lelaki DAYUS!

18.1.10

surat kepada pengurusan komuter

kepada pihak pengurusan komuter berhad..

         tolonglah mematuhi jadual perjalanan yang telah ditetapkan..makin lama di tunda atau perjalanan dibatalkan..makin ramai orang yang menunggudengan penuh kesabaran.. kalau dah ramai orang apa salahnya tambahkan lagi satu perjalanan yang berderet..ni, selepas lama menunggu perjalanan yang dibatalkan..ramai tak dapat naik komuter itu..orang dah sesak macam sardin dlm komuter tu..silalah paham keadaan kami sebagai penumpang yang setia..

saya memerintahkan mencadangkan pengurusan dapat mencari penyelesaian terhadap perkara yang dah terlalu lama menjadi masalah dan beban kepada pengguna..

sekian, terima kaseh.

pengguna setia komuter.

 

**dalam hati ni banyak nak kena luahkan..tp..next time aku tulis lg..

**meh korang bagitahu jugak kot2 kalau korang de tak puas ati mcm aku ni..

16.1.10

my mum bufday

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK IBUKU YANG TERCINTA..

SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..

SAYANG IBU AKU..

[pic xde..nnt aku update..]

[penat+bz+kurang sihat=cthajar]

13.1.10

serabut sangat!

aku tak tahu kenapa minggu ni macam hampeh sangat-sangat bagi aku..aku buat assigment dengan semangatnya..siap awal..tak macam selalu..tapi..bila aku check jawapan dengan lecturer..boleh semua jawapan aku salah!!! wth??? sudahnya aku anta lambat jugak..then, wat another assigment...aku tak tahu nak mulakan apa..aku tak tahu jawapnnya apa..memang tak boleh berfikir langsung..wuhaaaaaa~~~~apa lah jadi dengan aku ni..

aku tak tahu kenapa..otak aku serabut semacam..minggu ni tak bercakap sangat macam selalu..apa yang aku fikirkan? aku pon tak tahu laa wei! stress tersangat-sangatlah…..sampai dah dua malam aku kena migrain..lama dah tak kena..dah dekat 6 7 bulan tak kena..tetiba kena lak..mau aku tak menangis..sakit..

 

aku bukan tgh PMS..jgn korang memandai lak!

11.1.10

dunia akan berakhir.?

korang tengok tak berita malam tadi? sekolah pondok dan gereja dah dibakar..tak silap aku dah dua kali gereja dibakar setakat minggu ni..yang pastinya semua penduduk malaysia akan menunding jari pada umat ISLAM di Malaysia..pastinya mereka mengatakan umat ISLAM adalah umat yang suka melakukan keganasan..

mengapa mereka boleh bertindak demikian? padahal kita ni kan hidup di zaman yang maju..pasti ada jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini..

aku pernah ingat dulu..ustaz aku ckp..bile ISLAM berperang dengan YAHUDI..itu adalah tanda kiamat..mungkinkah ini yang dimaksudkannya? sama-samalah kita renungkan..

Tanda-Tanda Kiamat Kecil

Tanda-tanda kiamat kecil terbagi menjadi dua:

  • Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai; seperti diutusnya Rasulullah saw., terbunuhnya Utsman bin ‘Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman.
  • Kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah; seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dan lain-lain.

Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah saw

Jabir r.a. berkata, ”Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, ‘(Hati-hatilah) dengan pagi dan sore kalian.’ Beliau melanjutkan, ‘Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini.’ Rasulullah saw. mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanat

Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majelis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badui dan berkata, “Kapan terjadi Kiamat ?” Rasulullah saw. terus melanjutkan pembicaraannya. Sebagian sahabat berkata, “Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya.” Berkata sebagian yang lain, “Rasul saw. tidak mendengar.” Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya, “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badui itu, ”Saya, wahai Rasulullah saw.” Rasulullah saw. Berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah saw. Menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya

Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.” (HR Muslim)

4. Sungai Efrat berubah menjadi emas

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sampai Sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebutan tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata, ”Barangkali akulah yang selamat.” (Muttafaqun ‘alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam

”Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), dibukanya Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi, sampai 80 poin, dan setiap poin 12.000.” (HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhan

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah saw. Menjawab, “Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)

7. Munculnya kaum Khawarij

Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR Bukhari).

8. Banyak polisi dan pembela kezhaliman

“Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

10. Dominannya Fitnah

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat, sampai dominannya fitnah, banyaknya dusta dan berdekatannya pasar.” (HR Ahmad).

11. Sedikitnya ilmu

12. Merebaknya perzinahan

13. Banyaknya kaum wanita

Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinahan, banyaknya orang yang minum khamr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)

14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid

Dari Anas ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Diantara tanda kiamat adalah bahwa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)

15. Menyebarnya riba dan harta haram

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapat, apakah dari yang halal atau yang haram.” (HR Ahmad dan Bukhari)

Tanda-Tanda Kiamat Besar

Sedangkan tanda-tanda kiamat besar yaitu kejadian sangat besar dimana kiamat sudah sangat dekat dan mayoritasnya belum muncul, seperti munculnya Imam Mahdi, Nabi Isa, Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj.

Ayat-ayat dan hadits yang menyebutkan tanda-tanda kiamat besar di antaranya:

  • Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata, “Hai Dzulqarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?” Dzulqarnain berkata, “Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.” (Al-Kahfi: 82)
  • “Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.” (An-Naml: 82)
  • Dari Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari ra, berkata: Rasulullah saw. muncul di tengah-tengah kami pada saat kami saling mengingat-ingat. Rasulullah saw. bertanya, “Apa yang sedang kamu ingat-ingat?” Sahabat menjawab, “Kami mengingat hari kiamat.” Rasulullah saw. bersabda,”Kiamat tidak akan terjadi sebelum engkau melihat 10 tandanya.” Kemudian Rasulullah saw. menyebutkan: Dukhan (kabut asap), Dajjaal, binatang (pandai bicara), matahari terbit dari barat, turunnya Isa as. Ya’juj Ma’juj dan tiga gerhana, gerhana di timur, barat dan Jazirah Arab dan terakhir api yang keluar dari Yaman mengantar manusia ke Mahsyar. (HR Muslim)
  • Dari Abdullah bin Mas’ud ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, ”Hari tidak akan berakhir, dan tahun belum akan pergi sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang dari keluargaku, namanya sama dengan namaku.” (HR Ahmad)

Perbezaan antara tanda-tanda kiamat kecil dan kiamat besar adalah :

  1. Tanda-tanda kiamat kecil secara umum datang lebih dahulu dari tanda-tanda kiamat besar.
  2. Tanda-tanda kiamat kecil sebagiannya sudah terjadi, sebagiannya sedang terjadi dan sebagiannya akan terjadi. Sedangkan tanda-tanda kiamat besar belum terjadi.
  3. Tanda-Tanda Kiamat Kecil bersifat biasa dan tanda kiamat besar bersifat luar biasa.
  4. Tanda kiamat kecil berupa peringatan agar manusia sadar dan bertaubat. Sedangkan kiamat besar jika sudah datang, maka tertutup pintu taubat.
  5. Tanda-tanda kiamat besar jika muncul satu tanda, maka akan diikuti tanda-tanda yang lainnya. Dan yang pertama muncul adalah terbitnya matahari dari Barat .

sources dari website ini…

 

sama-samalah kita menginsafi diri ye…aku ni pun banyak sangat dosa..ntah bila lah nak bertaubat..tapi kan..boleh tak kalau sebelum kiamat tu aku nak kawen dulu??? agagagagagaga~~~

b..jum kawen cpt3..

9.1.10

.:tak semua perkataan mampu diluahkan:.

hidup memang perlukan teman..lagi-lagi kita ni manusia yang hidup dalam kelompok masyarakat yang sangat aktif..monyet di hutan pun hidup berkumpulan..takkan kita pula nak hidup bersendirian..

namun kadang kala aku suka bersendirian tanpa mengeluarkan sebarang perkataan..aku lebih senang begitu..walaupun pada hakikatnya aku ni dilahirkan dengan mulut yang pot pet pot pet 24 jam..tapi ada masanya aku suka berdiamkan diri..aku diam sebab mahu mendengar sahaja apa orang berbicara..aku diam sebab menahan mulut dari mengeluarkan perkataan yang membocorkan rahsia yang aku simpan..al-maklumlah..kadang-kadang tu terlepas cakap..bak kata pepatah, terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata x boleh sedut balik! pepatah melayu ni aku failed sikit..hehehehe..bila aku dah terlampau marah pun aku akan berdiam diri..haa..yang ni mylurve selalu perasan..tapi kadang-kadang tu..aku diam dengan die bukan sebab marah..tapi sebab penat nak bercakap..hehehehe  ..kena kumpul tenaga balik untuk bercakap tanpa henti..sebab kalau jumpa dia mesti nak bercakap je..macam tak jumpa noktah tu..

bila aku dilanda masalah..kadang-kadang aku tak tahu nak meluahkan pada siapa..sebab teman aku hanya ade beberapa je..kawan je ramai..tapi bile nak meluahkan tu pulak..mulut aku ni bagai terkunci..tak tahu bagaimana nak memulakan bicara hati..hati aku ni macam dah berat je aku rasa..sebab macam-macam aku simpan..memang aku nak buang..nak delete permanent semua benda sampah sarap tu..tapi tak boleh nak delete..tak boleh nak buang dari kotak hati ni..

mylurve selalu cakap..luahkan je bila ada masalah..tapi aku tak tahu macam mana nak luahkan..sebab..air mata akan bergenang dulu sebelum mulut meluahkan segalanya..haa…bila airmata dan percakapan bersatu..agak-agak korang macam mana lah rupanya..bercakap pun bukannya orang paham..yang orang paham teresak-esak je..

sudahnya, aku menulis sahaja..aku suka menulis..tapi tak tahu apa aku tulis time tu..lepas dah menulis sambil menangis..aku akan jadi tenang je..jiwa aku puas..even masalah tak selesai lagi..tapi jiwa aku memang puas..perasaan menjadi tenang..

**apa aku mengarut ni?

7.1.10

assigment!

tengok status aku tuh..i’m bz ok! betul3 punye bz..bkn cobaaaannn..sok kena anta sharp 11o’clock..dah siap 89%..tinggal seket je lagi..chaiyokkk…chaiyok…!!!! then, sabtu pun kena anta asgmnt jugek…ini short sem yang betul3 short..only 7weeks..mau mati otak berpikir tanpa henti..eh,iyea ke aku berpikir tanpa henti?? muahahahhahaha..

disebabkan ari ni busy yang teramat..aku lunch makan tempe goreng cicah sambal kicap..brupp~~! kenyang..diet skali erk…

6.1.10

kegagalan tak mungkin untuk selamanya…

pertama kali aku jatuh..mungkin aku menangis sekuat hati..mungkin aku meraung sepuasnya..namun..bila berulang kali aku jatuh tersungkur..jatuh kegagalan..tak mungkin tangisan aku sekuat yang pertama kali aku terjatuh..tak mungkin raungan aku sekuat hati sehingga menyiksa diri sendiri..

biar aku berulang kali jatuh gagal..namun aku tetap cuba bangkit berusaha kembali..walau aku tahu bangkit dari kegagalan itu amat sukar..amat payah..dugaannya hebat..namun akan ku usahakan jugak..

walau aku di benci..di cemuh..aku tetap akan berusaha..kerana aku yakin satu hari nanti kemenangan pasti dipihak aku..cuma waktu itu aku tak tahu bila akan tiba..aku cuma mampu berusaha dan berdoa..

iye! memang perit di cemuh setelah gagal..memang pedih di tinggalkan keseorangan di tangga kegagalan..namun apa yang daya aku mampu lakukan? selain bangkit berusaha kembali..

walau senyuman terukir di bibir..tapi dihati menangis..siapa yang tahu??

5.1.10

nset ilang!!!

arghhhh…………….

aku bengang wei….

nset aku ilang..

dissapeared!!

mane peginya ni..

kat nset sony tuh semua no fon ade..

kat no celcom ni..xsemua ade…

aduiii…gile aku jadinya ni..

4.1.10

korang jangan salah komen yea. . .

sejak aku menukar template atau layout baru nie..ade beberapa orang asyik tersalah komen je..tuk pengetahuan korang..tuk komen new post..sila klik bwh tajuk entri ok..! bkn bwh entri yang lain..blog

nampak tak..anak panah merah dan bulatan tu..komen di situ ye..setiap tajuk bawah tu mesti ade..bukan dh abis entri ke bawah baru korg komen..salah post nnt entri korang..de 4 5 org dah slh komen ni..poning gak pale den nk mencari komen korang..eheee~~

so..pasni jangan salah komen yea..komen di tempat yg btul..klik btl3..

sayang korang yang dah komen tuh..heee~~

mempromotekan blog. . .

tengok status aku kat tepi tuh..! bangun subuh tadi..selsema lak tetibe..sott..sett..sot..set..berbunyi-bunyi idung aku..pale lak tetibe panas..sakit sangat..macam berpusing-pusing je..woo..tak tahan nak diri lame2..aku pon baring..sambung tido..niat nak bangun wat assignment lepas solat subuh..hurmm..nampaknya terpaksa membatalkan niat suci murni tu..claz pagi ni aku tak pegi..hopefully claz petang kang aku leh bgn..ari ni aku pose ganti..huhuhu..chaiyokk

ni aku nak promote blog adeq ku si gumuk..aku balik uma ari khamis tu..sibuk je suh aku aja die cam ne nk wat macam3 kat blog..tapi aku wat dunno je..penat tak ilang lagi dah bising mcm3..malas nk layan die..bior die blaja sendiri..ni blog beliau siti hawa..pegilah mengusha..terpakse menahan diri mencerita benda2 sensor di sini..kang die report lak kat bapak aku..huhuhu..rase nak je block die dr view blog aku..kijam kan??

dengan sukacita dan gumbiranya aku nak bagitahu..blog masakan aku dah tercipta..silalah mengusha dan dijemput menjadi follower disana ye..jikaa berminat dan sudi..tak minat tak pe..eden tak pakse ekau!this my 2nd blog..air tangan cthajar..

1.1.10

kena paksa keje..

selamat tahun baru!!!!

korang g mane ari ni?? aku x g mana3 pon..kena keje..sobb..sobb…semalam bos aku call masa dlm komuter..suh aku keja ari ni..mcm tahu3 je aku balik ari ni..ke die pasang spy intip aku?? ngeee~~aku pon xtaw..tapi xpe laa..keje je lah..leh mkn prosperity free..hehehehe..nk mkn prosperity beef ngn twister fries with nestea..1 set medium lah kan..lagi pon..leh aku dpt gaji akhir bln nnt kan?? boleh shopping sket…

hajat di hati nak pegi menonton wayang ari ni..tapi takde sape sudi menemani aku..iskhh…iskhh..sedih wooo..sape3 nk ajak aku dating..jom laa..kite tgk midnyte jom..huhuhu…nak tgk avatar..ramai ckp beshh..nk tgk..dah lama tak tgk wyg..