30.3.10

bila dah cukup sepurnama:(

Minggu ni cukup sebulan aku tak balik rumah..ibu dah call beberapa akli dah tanya sihat ke tak..sebab dia tau, anak sulung dia ni..kalau cukup sebulan tak balik rumah, memang akan sakit bagai..

semalam balik kelas petang, aku redah hujan..pergi kelas malam pulak redah hujan jugak..tapi kali ni aku bawak payung lah..tapi ada jugak kan kena titisan hujan tu..sudahnya dalam kelas yang ber air-cond, aku kejung..tak dapat nak tarik nafas langsung..waa..tangan dah pucat bagai..dada berombak laju..sah aku kena semput ni..memang dah lama tak kena semput yang macam ni..jenuh aku taruk minyak panas kat hidung..memang takde bau apa pun..

sekarang ni demam panas..kepala aku sakit sangat-sangat..nasib baik kelas petang..aku harap aku boleh pergi kelas petang ni..

aku pun hairan binti pelik..bila cukup sebulan aku tak balik rumah..mesti aku kena penyakit..tak kisahlah demam ke semput ke..tapi biasanya memang demam..demam panas..ni belum lagi belajar luar negara..kot dapat belajar luar negara..entah macam manalah gamaknya aku ni..takkan tiap-tiap bulan nak balik..bankrup lah kan..

insya’allah jumaat atau sabtu aku balik rumah.,.sebenarnya ibu yang rindu kat aku kan..pasal tu aku demam…

28.3.10

saya hargai teguran itu.:)

dekat FB ramai kawan sekolah rendah yang saya jumpa..kawan main masa kecik dulu pun ada..i mean yang bukan satu sekolah lah..dan ada di antara kawan saya ni yang saya anggap dia sebagai seorang sahabat..get it? kawan dan sahabat adalah berbeza makna dalam hidup saya..berbalik kepada sahabat saya tadi..dia sememangnya sahabat saya sebab dia telah menegur saya tentang cara pakaian saya..

“kalau pakai tudung biarlah tutup dada..tak payah tudung labuh pun takpe..janji pakai tudung tu tutup dada..kalau nak pilih baju, pilihlah baju yang agak longgar..tak perlu pakai jubah..cukuplah baju yang yang longgar..yang lengan sampai ke pergelangan tangan kita..kalau pakai seluar jeans, janganlah yang ketat sampai nampak susuk kaki kita..tak elok kan orang tengok..”

itulah yang dia tegur apabila melihat gambar-gambar saya didalam FB..saya hargai sangat teguran yang dia buat..

“kalau pakai tudung tapi nampak dada..sama je dosa dengan orang yang tak pakai tudung..kalau pakai baju nampak lengan sama je dengan orang yang tak tutup aurat..takde pun hadis atau ayat AL-QURAN yang mengatakan kalau kita pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek..dosa kita berkurang dari orang yang tak pakai tudung..takde pun kan? kalau pakai tudung tapi nampak dada takde pun dosa kita berkurang sebab tutup rambut..tapi tak tutup dada..dosanya sama je..jadi lebih baik kita tak tutup aurat..sebab dah memang terbukti kita ni berdosa..orang yang tak pakai tudung tu..dah tentu dia tahu tu dosa dia..tapi kita yang pakai tudung tapi tak tutup aurat dengan betul..kita ingat kita terlepas dari dosa tak tutup aurat..tapi sebenarnya tidak..”

itulah antara yang dia nasihat dekat saya ni..memang terbuka minda saya memikirkan hujah dia tu..akhirnya saya sedar..saya ni pun tak tutup aurat sebenarnya..hanya dengan status pakai tudung sahaja..apa pun saya bersyukur sebab saya jarang keluar dengan tudung berselimpang..baju berlengan pendek..ya..amat jarang sekali..betul cakapnya, tak perlu berjubah dan bertudung labuh..

tiba masa saya ingin mengubah diri saya..tapi ambil masa kan? perlahan-lahan lah..apa pun..hati pun perlu saya bersihkan..perwatakan dan perangai pun perlu saya tukar..supaya orang tak cakap..pakai tudung..tutup aurat..tapi perangai macam SETAN..

memang kadang-kala saya lebih hormat orang yang tak pakai tudung ni..sebab diaorang takde pun busuk hati macam orang pakai tudung..diaorang takde pun mengumpat orang sana-sini macam orang tutup aurat tu buat..

terima kasih sahabatku..insya’allah..saya akan berubah kearah kebaikan..cuma perlukan sokongan dan perlukan masa..



entri ni tiada niat nak jatuhkan orang, nak kutuk orang @ apa2 pun..ini hanya untuk nasihat diri sendiri..jika yang mahu ambil iktibar, silakan..

25.3.10

mulut tempayan boleh ditutup..mulut manusia?

jika mahu menegur..tegurlah dengan baik..

jika mahu bergurau, pastikan tidak keterlaluan..

jika mahu mengutuk, pastikan orang yang dikutuk tidak mendengarnya..

adakah kamu semua puas..? puas dengan kelancangan mulut kamu bila berbicara..tanpa sekelumit pun ingatan bahawa orang yang di kutuk itu juga punya perasaan..

aku yakin dan amat pasti..jika kamu yang di kutuk..pasti kamu juga marah dan sedih seperti orang yang kamu kutuk..namun, bila membuat kutukan kamu langsung tidak memikirkan perasaan orang lain..yang penting kamu puas..bukankah begitu?

mulut tempayan boleh juga ditutup..mulut manusia?? aku rasa nak gam terus..tak payah nak buka-buka lagi mulut tu..buat apa kalau buka mulut hanya untuk mengutuk..hanya untuk menyakitkan hati orang lain..buat tambah dosa yang sedia ada tu..sanggup ke nak hadapi azab ALLAH nanti?

lebih baik berdiam diri dari mengatakan sesuatu yang menyakitkan hati orang..senang cakap..tutup mulut sendiri kalau tak nak kena gam..

DSC08328

aku sedia menerima teguran jika di tegur dengan baik..bukan menegur menggunakan suara yang lantang..

24.3.10

sudah sihat akhirnya:)

dua hari tak sihat, memang dugaan yang selalu aku terima..aku tak boleh merungutkan? itu kan dugaan dari ALLAH untuk insan terpilih je..jadi kena terima dengan redha..ikhlaskan hati dan senyum menghadapi dugaan itu…[poyo je aku..time sakit muka sememeh je!]

di sebabkan aku sakit..ibu kesayangan aku datang ke kolej aku..melawat anak kesayangan dia ni..baikkan ibu aku? dia jaga aku..picit-picit kepala aku yang sakit ni..urut urat-urat yang tersimpul..badan yang terasa sengal-sengal ni..memang bestlah..lagi best ibu masakkan makanan yang berkhasiat untuk aku..suapkan aku makan..macam sakit tenat lak aku kan? memang cepat je aku..

butterfly

buktinya..hari ni aku berasa sungguh segar sekali..pagi pergi kelas macam biasa..

TETAPI

………..

……..

……..

……..

………

……….

………..

………

 

 

itu hanyalah angan-angan aku je! ibu aku mana ada datang tengok aku kat kolej ni..aku pun tak beritahu dia aku sakit..kang dia risau macam aku ni sakit tenat..

tapi kalau dekat rumah..kalau aku sakit..memang ibu jaga aku..tapi taklah sampai picit ke urut ke..cuma bagi makan ubat dan masakkan untuk aku..kalau suap pulak..selalu dah..walaupun aku dah nak masuk 21tahun..tapi kadang kala makan aku, ibu yang suap..memang mengada-ngada kan? mylurve always said i like a little kids..so what? biarlah kan..nanti dah kahwin..nak husband je yang suapkan aku makan..bolehkan…??

23.3.10

mandi hujan..

semalam dah lah aku kurang sihat..malam tu aku gagahkan jugak diri pergi kelas taxatation..sebab aku ni kalau calculation memang agak lembap sikit..jadi, nak tak nak kena jugak gagahkan diri bangun dan pergi kelas tu..

kelas start pukul 8malam dan habis pukul 10malam..habis kelas tu aku dengan ain, syra, dan eqa pergilah cari kedai nak makan..aku pulak memang tak makan dari pagi..jadi korang tahu lah macam mana perut aku bermuzik..lagu keroncong, dangdut, rock, semualah ada..memang kebulur..aku order nasi goreng kampung dengan telur bungkus..perut memang lapar, tapi nasi tu tak sampai separuh pinggan kot aku makan..dah kenyang, takde selera..tak tahulah kenapa sejak seminggu dua ni selera makan aku memang berkurang sesangat-sangat..pinggang aku pun turun..27 ke 26..walaupun 1 je turun, tapi aku terasa sebab berat ideal aku 45kg – 50kg..pinggang aku lak, even aku berat 43kg pun dulu..tapi pinggang still 27..ni turun 1 ni..macam tak normal je aku rasa..

balik dari makan tu..tengah-tengah berjalan..hujan turun dengan lebatnya..sudah..memang basah kuyup jadinya..sampai je rumah terus aku mandi..sebab takut demam kang..lepas tu terus tidur..kepala dah rasa lain macam dah masa ni..pukul 2pagi terjaga..memang sahlah aku kena virus demam..bersin tak berhenti-henti..kepala berdenyut-denyut..aduss..aku bangun jugak walaupun tak larat..makan ubat..lepas tu terus tidur balik..sedar pagi ni pukul 11pagi dah..kepala still berat..tapi aku nak jugak pergi kelas petang ni..

doakan aku cepat sembuh ye..

22.3.10

tak larat sangat ni.

salam semua..

hari ni kesihatan amat tidak memuaskan..pagi pergi buat medical checkup untuk mata ni…siapa yang ikut cerita kat blog ni, tahulah kenapa pergi buat checkup..saya tak ingat dulu doktor sebut berapa peratus mata saya dah ok..malas pula nak geledah blog ni mencari..tapi yang pastinya, peratusan tu dah menurun..walaupun turun tak banyak, tapi tetap ada kesan yg negatif..saya harap lagi dua bulan checkup..mata dah pulih sepenuhnya..mudah-mudahanlah..

petang ni pulak..tak tahu kenapa kepala tiba-tiba je pusing..macam nak pengsan dibuatnya..turun blok rumah nak pergi kolej..YA ALLAH, semput pulak datang tiba-tiba..merah muka menahan sakit..nasib baik tak pengsan..kalau tak, naik ambulans lah jawabnya.. dan juga bernasib baik sebab pergi class hanya tandatangan kedatangan..tak belajar pun..sebab di kolej ada majlis perasmian naik taraf ke universiti..

 

sekarang nak tidur..harap kelas malam ni aku larat pergi..sebab subjek ni susah bagi aku..

 

20.3.10

khas untuk adikku yang gebu.

hari ni hari lahir adikku yang ke 2 yang ke 19tahun....
DSC08040
minggu lepas dia suruh aku balik rumah..semata-mata nak suruh aku bawak balik oven yang kat kolej ni..nak bakar kek..aku suruh buat kek kukus je..dia tak nak..jadi..tunggu aku balik dengan oven tu nanti ye..baru buat kek..
sila percaya umur dia baru 19tahun dan dia adik saya..ramai cakap saya ni adeq dia..aduhh..muda sungguh aku ni kan?

award for everyone.

award

lama tak dapat award..maklumlah..i’m not a famous blogger..anyway, thanks to jieya yang bagi award ni kat saya..

Here are the rules to accept the award :

1. Thank & link the person that gave you the award :

thank you so much my friend..jieya..terharu pulak dapat award..sampai nak menitiskan air mata ni…(gediks..)

2. pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic

15 org je? no..no..i want pass this award to all my follower and my exchange link blog..sudi-sudilah terima award ni..then..siapa rasa dia comei atau macho..silakan amik..

3. Contact said Blogs and let them know they've won the award

skip..because too many blogs..i’m sure they are know..

4. State 7 things about yourself

-student of HND Business in -

-anak sulung dari lima adik-beradik perempuan-

YoYo & CiCi emoticon-taken by Mohd Normizi-YoYo & CiCi emoticon

-alahan pada lensa kamera..asyik nak bergambar je! hehehhe..-

-love cooking and baking too much-

-suka memendam rasa hati dan menangisgirlemo..-

-saya sayang orang yang sayang saya..-Kazi & Dora emoticon

p/s: mlm kang nak publish one more entry..gila tamak aku ni..

18.3.10

gambar panas dan hangat!

DSC08323

mulakan hari anda dengan senyuman..baru ceriakan? hari ni mood aku ceria je waktu pagi..kang petang tak tahulah ceria lagi ke tak..tapikan..aku memang tak pandai senyum..serius..aku tengok pic aku yang senyum..buruk…ada tips tak nak bagi nampak senyuman menawan?

 

hari ni mood bergambar aku datang..dah lama tak snap pic banyak-banyak..pagi tadi bangun awal..jadi rajinlah melilit shawl..huhuhu..tak lama pun..dalam 5minit je..selalu punyelah lama aku lilit..dekat 10 minit baru siap..tu pon tak puas hati jugak..nampak serabutlah..tak kemaslah.. biasalah..perempuankan..ala..lelaki pun ada jugak yg bersiap lambat..

 

 

 

ni konon-konon terlebih fokus pada lecturer kat depan tu..

 

 

 

 

 

DSC08321

 

  1. kawan-kawan aku je yang fokus lebih..tengok tuh..masing-masing khusyuk dengar lecture..

 

 

 

DSC08318

motif pic ni..nak tunjuk cincin couple yang baru…ada ukir nama lagi taw..

sekian..sampai disini sahaja pameran bergambar aku..kang korang tengok banyak-banyak muntah hijau kang..mylurve dah dapat kerja..hari ni hari pertama dia..hopefully semuanya berjalan lancar..doakan untuk dia ye?

17.3.10

hilang nafsu.

bangun je pagi ni..rasa sakit sangat kepala aku ni..berdenyut-denyut sakanlah..bangun pun dah lambat..kul 8.30..class pukul 9pagi..haa..setengah jam je masa bersiap..kena mandi ekspress ni..nasib baik baju dan tudung dah bergosok..kalau belum lagi..confirm lambatlah aku pergi class..aku ni kalau iron baju..memang lambat..lembap sikit..

dah dekat dua minggu aku tak masak..asyik makan kat kedai je..bukan apa..aku sorang yang makan..jadi malas nak masak..membazir je..baik beli kat kedai..makan pun sekarang ni kurang..tak tahu kenapa..setiap hari cukup sekadar makan tengah hari..malam, memang aku tak lapar langsung..cuma hari isnin malam je aku makan..sebab habis class pukul 10malam..terus pergi dinner dengan kawan-kawan..hari lain memang aku tak makan..mungkin tak berteman kot?

hari ni aku makan bungkus lagi..menu sarapan + tengah hari, nasi lemak lauk ayam goreng..

DSC08307

boleh tahanlah rasa nasi lemak ni..tu pun aku makan tak habis..entah mana pergi nafsu makan aku..tak pe lah..boleh turun sikit berat badan..

ahad lepas timbang..dah turun 2kg..hope this week dapat berat 45kg or 46kg…

 

16.3.10

biarku basuh luka di hati.

andai hati boleh ku cabut dari tubuh badan ini..pasti aku orang pertama akan melakukannya..aku ingin sekali mengubati dan menampal luka-luka yang tercalar di hati ini..

aku ingin sekali keringkan kesedihan dan kedukaan dalam hati..kadang-kala aku menangis dalam hati..jadi, air mata kesedihan itu bertakung didalam hati..sungguh aku mahu sekali mengeringkan air mata kesedihan yang bertakung dalam hati..akan aku basuh supaya tidak tertinggal kesan air mata kesedihan..dan akan aku keringkan sekering-keringnya supaya tidak ada satu titik pun air kesedihan yang tersimpan..

namun hati tidak boleh dicabut dan dipasang semula..apa yang aku rasa semua terpendam sahaja..bila mahu buang semua isi kandungan hati? entahlah..tiada jawapan yang pasti bila isi kandungan itu akan hilang..biarpun luka telah sembuh..tapi parut tetap berbekas..bila-bila masa boleh berdarah kembali..

yang pastinya hati menyimpan 1001 rahsia perasaan aku..duka dan kesedihan tak semuanya boleh aku lontarkan pada orang sekeliling..luka di hati, kadang-kala tercalar dengan sendiri tanpa disedari..

image

pic credit to here

13.3.10

terima kasih sebab menegur.

bosan……………. hari ni aku teramat-amatlah bosannya..duduk kat rumah ni sorang-sorang..housemate aku pergi keluar beli barang untuk final project beliau..tinggallah aku keseorangan diruma ni..nak balik rumah klang..memang aku malas..lagipun, aku nak kemas rumah ni..agak bersepah..jadi, sekarang ni dah habis mengemas, membasuh baju, sidai baju pun dah..tak tahu nak buat apa lagi ni..

aku nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat seorang blogger ni..dia bagi aku kritikan terhadap entri aku yang bertajuk payudara penting untuk menarik minat lelaki..aku tak kisah dia katakan entri bodoh..tujuan aku..cuma nak menyedarkan kaum hawa supaya berwaspada terhadap tubuh badan mereka..menjaga serapi mungkin supaya tidak dipandang oleh mata-mata kaum adam yang liar..tu je..tiada unsur seks atau 18sx keatas..kadangkala aku memang berfikiran terbuka tapi tak keterlaluanlah..ini untuk kebaikan juga..untuk kaum hawa mengetahui kebanarannya..

apa pun kepada KERY terima kasih atas kritikan tersebut..terima kasih jugak sudi singgah blog yang tak seberapa ni..next time, kalau ada entry yang kurang menyenangkan bagi blogger lain..silalah tegur macam KERY ni wat kat aku..

nota : macam ni baru betul..nak tegur orang tinggalkan jejak..bukannya invisible..!

12.3.10

tips mengurangkan bau peluh.

assalammualaikum!

salam jumaat buat semua..bestkan sebab esok cuti…sekarang ni musim panaskan? bahangnya..buat aku sakit kepala..berdenyut-denyut kepala aku..lagi-lagi lepas je habis kelas…sampai rumah memang terus terbaring bawah kipas..tak tahan,.nasib rumah aku ni tinggal dua orang je..jadi nak berseksi-meksi tak kisah sangat..dah biasa..huhuhuhu..kalau kat rumah kat klang..mahu ibu aku membebel sakan..tu lah salah satu untung duduk jauh dari keluarga kan? muahahahhahaha..untung ke?? jawab sendiri lah..

hari ni aku nak bagi tips mengurangkan bau peluh badan.. al-maklumlah..bila dah panas tu..sistem perkumuhan pulak mesti aktif je kan? lagi-lagi tang mengeluarkan bahan kumuhan memalui peluh..kat ketiak tu..waa..bagi mereka yang kuat peluh..memang berlengaskan? mestilah menimbulkan bau yang kurang enak dihidu..

tips mengurangkan bau peluh badan.

1. mandi lebih lama dari biasa..sental kat ketiak tu lama sikit..biar melekat bau sabun yang wangi tu..

2. amalkan mandi dengan air limau purut..gunakan limau tu..untuk sental bahagian ketiak..bahagian lengan..pendek kata tempat yang selalu berpeluhlah..amalkan sekurang-kurangnya 3kali seminggu..insy’allah..bau badan akan berkurangan..

3. yang ni untuk mereka yang mempunyai masalah bau badan yang amat berat…ambil sesudu kapur sirih..perahkan dengan sebiji limau nipis..sebelum tidur sapukan diketiak..biarkan kering..esoknya bilas dengan air suam..insya’allah bau badan akan hilang sedikit demi sedikit..guna tiga kali seminggu..[petua orang dulu-dulu]

4. boleh juga kalau amalkan pemakaian deadorant..tapi cari yang sesuai dengan kulit anda..jika tidak, badan anda masih lagi mengeluarkan bau yang kurang enak..

tu je lah yang dapat dikongsi bersama..insya’allah berguna untuk semua orang..harap dapat membantu semua ye..

DSC06928

pic takde kena mengena dengan entri ini..huhuhuhu..

9.3.10

aku bangga dengan diri aku..

hidup ni kalau nak meniru orang je..susah jugak..takde identiti sendiri..macam mana orang nak kenal mahupun ingat siapa diri kau yang sebenar..

aku ni ada kehidupan yang sederhana je..beli barang keperluan pun banyak yang pakai duit aku sendiri..tak minta ibubapa aku..kena keja dulu..kumpul duit..baru dapat apa yang aku nak..pendek kata kena bersusah-susah dululah..baru dapat apa yang aku idam-idamkan..

apa pun aku bangga jugak..sebab dari umur 19tahun..aku dah jarang mintak ibu dan abah duit..melainkan kalau betul-betul sengkek..kalau tak..takpe..aku boleh bertahan lagi..orang cakap keje McD gaji sikit..ciput je..tapi keje macam apa..aku tak kisah pun orang nak cakap macam tu..sebab memag aku akui gaji sikit je..buat lepas nak beli barang keperluan sendiri je..

tapi sekurang-kurangnya..aku ukur kain aku sendiri..takde lah macam orang lain..ukur kain sendiri kat badan orang lain..duit takde..tapi masih lagi nak beli barang branded..ikut kawan..poket kosong tapi nak jugak beli barang branded..

aku mengaku je..aku pakai barang bundle..aku tak malu..tak kisahlah orang nak cakap bundle tu apa pun..sebab aku mengaku..tu je yang aku mampu..kalau beli baju pun aku tak pernah beli harga yang sampai RM50..sebab banyak lagi barang yang boleh beli..

aku cuma nak cakap..buat apa nak ikut kawan..sebab poket dia dan poket kita berbeza..buat apa nak peduli orang cakap..sebab orang tak rasa apa yang kita rasa..dan..kalau malu nak cakap kau tu pakai baju bundle..tak payahlah nak bagitahu..takde orang tahu kalau kau tak beritahu…

kadang-kala baju yang murah ni lagi lawa dari baju yang mahal-mahal tu..

8.3.10

perjuangan kini bermula!

hari ni bermulalah satu episod perjuangan di sem akhir..hari ni bermulanya kelas pertama di sem ini..fuh! tengok subjek aku kan..memang agak pening dibuatnya..empat subjek terakhir ni memang mengerikan bagi aku..mana taknya..ada calculation tu..aku ni dah lah lemah je kalau tengok nombor tu…

  • TAXATATION
  • FINANCIAL SYSTEMS AND AUDITING
  • BUSINESS STRATEGY
  • RESEARCH PROJECT

tengok tu..taxatation dan financial systems and auditing.. memang gempakkan? hopefully aku boleh buat..tak dapat 4flat pun..dapat B+ pun jadilah..nak naikkan pointer aku untuk kali terakhir ni..

“YA ALLAH..kuatkanlah semangat hambamu ini dalam menimba ilmu..KAU lapangkanlah minda dan hatiku, agar senang menerima ilmu..amin..”

nota mulut untuk aina : kau ada belajar tak subjek-subjek kat atas tu?

5.3.10

cinta tak semestinya di miliki.

cinta tak semestinya di miliki kan? tak semua cinta berakhir dengan perkahwinan..like story tale..an ending happy forever..

baru-baru ni..kawan kelas aku telah kehilangan kekasih hati..kekasih hati dia pergi meninggalkannya untuk menghadap MAHA PENCIPTA…dengan sekelip mata kekasih hati hilang..pergi untuk selamanya..YA ALLAH..semoga kau tabah kawanku..

kalau aku ditempatnya..aku tak pasti apa yang jadi pada aku..macam mana nak kawal keadaan sekeliling dan perasaan sendiri..pasti bercampur-baur..

ada lagi satu cerita..kisah cinta tiga segi..dua orang perempuan mencintai lelaki yang sama..tetapi sebelum itu..lelaki itu berlaku curang sebenarnya..setelah hampir tiga bulan..maka wujudlah cinta tiga segi..hubungan yang terjalin hampir tiga tahun..berkecai begitu sahaja..sedangkan perasaan mereka masih lagi sama..cinta dan mencintai satu sama lain..tapi apakan daya..nasi dah jadi bubur..

perempuan mana yang mahu untuk berkongsi lelaki yang dicintai..? siapa yang sanggup? memang aku tabik spring kat perempuan tuh..kalau aku..sumpah! aku tak sanggup..aku lebih rela tarik diri dari perhubungan itu..

kesimpulannya..cinta itu tak harus dimiliki..dan tak semestinya kita miliki orang yang kita cintai itu..cuma..hargailah orang sekeliling kita..jangan bila dah kehilangan baru nak terhegeh-hegeh mencari..nanti menyesal..

jika benar kita cintakan seseorang itu..janganlah berlaku curang..itu lagi memeritkan perasaan..

aku nak tidur.

semalam aku tidur awal..dalam pukul 10.30malam aku rasa..entah mengapa mengantuk sangat mata aku..bertenggek agaknya setan  kat mata aku semalam..

lepas tu..pukul 3pagi aku dah terjaga..benci gila lah..tak boleh tidur balik sampailah sekarang ni..memang bengang tahap gaban dengan mata aku ni..mata dah macam panda dah ni..

kenapalah payah sangat aku nak tidur dalam seminggu dua ni..memang ada sesuatu yang bermain di fikiran aku..yang aku fikirkan sampai kena migrain..apa dia? rahsia lah..selagi sesuatu keputusan yang pasti tak dapat..selagi tu lah aku macam ni..dari kecil lagi aku memang macam ni..bila ada perkara yang tak boleh diselesaikan atau tak dapat kesimpulan..memang aku fikir je lah selagi mahu..boleh tak kalau sebelum tidur tuh aku “pause” kan otak aku..sambung fikir bila bangun tidur..

esok perjumpaan blogger terbesar tu..aku nak pergi..tapi takde kenderaan..tak pe lah..lain kalilah aku pergi..takde rezeki aku..

semalam dan hari ni..dah dekat 7 8 kali aku mandi..panas sangat..pencapaian terbaik aku..sebab aku ni jenis yang malas mandi..huhuhuhu…

 

4.3.10

i wish . . .

kenapa bila kita berhajat..jarang dapat dipenuhi..aku dah berusaha selagi mahu..aku jarang dapat benda yang di idamkan atau dihajati..tapi..mulai hari ni..aku berazam..apa yang aku hajati..mesti dapat..aku akan buat apa saja untuk penuhi hajat aku..

tahun lepas banyak benda yang aku idamkan tak dapat..tapi tahun ni..aku nak jugak dapat benda yang aku idamkan..biarlah tanpa bantuan orang lain..biar aku susah sendiri..janji aku dapat apa yang aku hajati..

setakat ni aku ada dua benda je yang nak..biarlah aku rahsiakan dulu apa  yang aku hajati..bila dah dapat..insya’allah aku bagitahu kat sini..

kadang kala nasib tu memang jarang memilih aku..hurmm..apalah nasib aku..

kuatkanlah semangat hambamu ini YA ALLAH..aku bermohon pada-MU..

hati aku memang sedih bila fikirkan nasib aku..

3.3.10

bila si dia lambat menunaikan tanggungjawab.

duit dalam poket tinggal duit seringgit-seringgit je..duit syiling pun tinggal bape je..sedihnya..mana nak cari duit ni? duit gaji buat beli barang tuk rumah..dah xde duit..mengharapkan ehsan simpati dia..tapi aku pelik..kenapa si dia tidak menjalankan tanggungjawab dia..

tiap-tiap bulan bila dah cukup bulan je..pasti dia bagi aku duit..RM500++..tapi bile tiba bulan ni..saat ini dan ketika ini dia tidak menjalankan lagi tanggungjawab dia..kenapa? tahukah dia aku begitu terseksa menunggu dia melaksanakan tanggungjawab dia? perit sekali tahu tak? ni aku nak tanya dengan dia..

MARA..bila nak masukkan elaun sara hidup bulan ni? aku dah kering kontang ni!

1.3.10

membebel tak tentu pasal.

esok masuk keje kul 8.30 pagi..*sigh*…
malasnya saya nak bangun pagi..*sigh*..Little Kitty emoticon
tapi tak pe..keje pagi mesti balik awalkan?
apa nak jadi ni? bangun pagi pun malas..? macam mana nak jadi perempuan melayu terakhir? hee~~
keje malas..duit nak!
sudahlah..malas mahu membebel lagi..saya mahu tido..berhibernasi di alam maya..Onion Head emoticon
panasnya malam ni lah haii…tapi malas mahu mandi..



p/s : i dah update new follower link in my blog..klu de yg tertinggal..remind me pleshh..

isnin yang bosan.

hari ni aku diberi mc..suke! sebabnya aku memang malas nak keje..semalam buat makan-makan sikit kat uma..alah, yang datang pun sedara-mara aku jerk..kawan aku mimah dan jugak mylurve..tu yang suke dapat mc..badan penat sangat..semalam pun aku tido awal..

banyak yang aku masak..alhamdulillah semuanya abis..pic nan ado~~sob..sob..sob..sebab aku busy lah kan semalam..nset aku pun tak de bateri..

rabu ni nak kena balik kolej..aku rasa, sem ni je lah yang aku balik awal..selalunya aku..time mula claz lah baru aku terhegeh-hegeh nak balik kolej..al-maklumlah..sem akhirlah katakan..semangat tu tinggi sikit..kan? mudah-mudahan ni sem terakhir aku..amin!

cuti sem ni aku teringin sangat nak pegi jogging kat taman tasik shah alam..tempat main aku kecik-kecik dulu..tapi asyik tak de masa je..nak pegi dengan mylurve..ada ke dia ckp..kalau setakat nak pegi sebab nak bergambar..tak payahlah..sampai hati dia cakap macam tu..macamlah dia tak tahu aku ni dengan kamera tak dapat dipisahkan..huhuhu..

orang cakapkan..isnin ni ahri yang paling membosankan dalam hidup..ala..kan weekend dah cuti..jadi bila tiba isnin ni..aduhai…memang malaslah..ramai yang berpendapat begitu..anda bagaimana?